Ingatkan tayar pancit kena keluar modal, tapi lain pula yang jadi dengan ‘rider’ ini, tayar pancit kerana cincin emas

Oleh INFORAKYAT

Ingatkan tayar pancit kena keluar modal, tapi lain pula yang jadi dengan ‘rider’ ini, tayar pancit kerana cincin emas.

paku atau bahan logam lain akan ditemui selepas kita membelek tayar pancit.

Namun penemuan bahan itu ia tidaklah dianggap sebagai reezeki kerana ia mengundang bahaya selain menipiskan poket.

Ingatkan tayar pancit kena keluar modal, tapi lain pula yang jadi dengan 'rider' ini, tayar pancit kerana cincin emas

Bagaimanapun perkara sebaliknya berlaku kepada seorang pelayar Facebook apabila berkongsi foto mendakwa menemui sebentuk cincin emas berukiran mirip tulisan Cina pada tayar kenderaannya.

Pelayar yang dipercayai seorang wanita itu kemudiannya menerima nasihat dan ceramah daripada netizen selepas dia menyifatkan penemuan berkenaan sebagai rezeki yang tidak disangka-sangka.

Warga maya meminta pemilik Facebook memulangkan cincin emas yang ditemukan terselit pada tayar motosikal.

Menjadi tanggungjawab orang yang menemukan barang berharga agar memulangkannya kepada pemilik asal. -Foto hiasan

Meskipun ada yang menyatakan ia hanya content media sosial semata-mata namun kebanyakannya seolah tidak menyenangi ‘rezeki’ yang dimaksudkan itu sekali gus mempersoalkan sama ada dia sudah mencari empunya cincin emas tersebut atau tidak.

Antara reaksi warga maya.

“Itu bukan rezeki, dugaan Allah SWT untuk kita. Kena uar-uarkan siapa punya cincin. Kalau tak ada yang menuntut kena hantar ke baitulmal, mana boleh main ambil kecuali emas yang dalam tanah dan diyakini harta karun atau tidak ada empunya.

“Itu hak orang, bukan hak kita… jangan anggap itu rezeki kita, pulangkan balik pada pemiliknya. Ujian buat kita penentu keimanan kita, menjadikan milik kita haram jadinya.

“Tetap juga bukan rezeki walaupun sudah dalam gemgaman… Indah terlihat tapi perit melepaskan,” ujar beberapa warga maya.

Susulan daripada itu, terdapat pula sebahagian pelayar yang berkongsikan ‘rezeki’ masing-masing dengan membuat hantaran tayar terkena paku dan objek tajam yang sering ditemukan di atas jalan raya.

Itu bukan rezeki, dugaan Allah SWT untuk kita… kena uar-uarkan siapa punya cincin.
WARGA MAYA
Malah ada juga yang bertanyakan, ke mana dia harus dipulangkan playar yang tercucuk pada tayarnya.

“Kalau macam ni, mana nak cari pemiliknya.

“Kadang-kadang rezeki tersalah alamat juga.

Antara reaksi warga maya.

Antara reaksi warga maya.

“Rezeki kereta dua minggu,” luah beberapa individu yang tayar kereta mereka tercucuk objek tajam.

Di ruangan komen posting yang sama juga, seorang individu tampil meluahkan perasaannya yang pernah tercicir cincin di pusat beli-belah suatu masa dahulu.

Lebih menyedihkan apabila cincinnya itu ditemukan pada jari manis salah seorang petugas di pusat beli-belah berkenaan.

Namun selepas diminta, individu terbabit enggan memulangkannya semula.

“Cari punya cari, ada seorang petugas bercerita pasal jumpa cincin sesama mereka sambil menunjuk cincin di jari manisnya.

“Apabila saya tengok cincin tu, memang sah cincin saya. Terus cakap cincin saya… berubah muka hamba Allah tu.

“Paling sadis, puas terangkan bila hilang dan di mana saya mungkin tercicir tapi tetap tak mahu serahkan kepada saya,” luahnya yang turut meminta pemilik Facebook terbabit menguar-uarkan penemuan tersebut.

BACA:

Kenapa ek tandas rumah dulu-dulu kat luar rumah? Ini sebab yang ramai tak tahu

‘Malu dapat sakit pun dapat’, Mat rempit tersalah teknik buat gaya pacak depan traffic light bikin netizen berdekah