Ingatkan sijil kursus kahwin je rupaya geran tanah pun tak boleh ‘laminate’

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan untuk memastikan dokumen penting berada dalam keadaan baik dan tidak rosak.

Dahulu, masyarakat sering menggunakan bekas bola bulu tangkis sebagai alat terbaik untuk menyimpan dokumen seperti geran tanah

Dan sijil-sijil kerana ia sukar ditembusi air dan dilindungi dari serangan haiwan perosak seperti anai-anai.

Namun, dengan kemajuan zaman dan kehadiran pelbagai teknologi, kebanyakan masyarakat kini lebih

suka menggunakan kaedah ‘laminating’ kerana dokumen kekal selamat dan tidak mudah dirosakkan.

Ingatkan sijil kursus kahwin je rupaya geran tanah pun tak boleh 'laminate'

Walau bagaimanapun, kaedah ‘laminating’ tidak sesuai untuk digunakan pada geran tanah.

Menurut seorang peguam, Khalil Md Rofiee, tindakan melaminasi geran tanah akan menyebabkan dokumen tersebut dianggap rosak.

Berikut adalah lima senario yang sering berlaku berkaitan dengan geran tanah:

-Geran tanah yang koyak, basah, dimakan anai-anai, atau diconteng akan dianggap sebagai rosak atau ‘total lost’.

-Jika geran tanah rosak, pemilik perlu membuat permohonan untuk mendapatkan geran tanah baru yang mungkin mengambil masa sehingga sebulan.

-Geran tanah sangat penting untuk urusan jual beli hartanah dan urusan pusaka selepas kematian pemilik.

-Terdapat kes pusaka yang sepatutnya diselesaikan dalam tempoh dua bulan tetapi terpaksa ditangguhkan sehingga hampir setahun disebabkan kerosakan geran tanah.

BACA: Minta sokongan rakyat Malaysia tapi buat kenyataan ‘rasis’, Restoran minta maaf