Ingatkan nak karaoke, rupanya tuntut hutang 6 angka

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Perbuatan seorang wanita yang meminta penghutang untuk melunaskan hutangnya menggunakan mikrofon

Di sebuah kafe di Indonesia telah menarik perhatian ramai, lapor portal berita Viva.co semalam.

Kejadian itu berlaku di Kota Cilegon, Banten.

Rakaman yang dimuat naik di platform TikTok menunjukkan seorang wanita yang tampil ke hadapan sebelum diberikan mikrofon oleh pengacara majlis.

Orang ramai yang menyaksikan mula bertepuk tangan kerana menyangka wanita itu akan menyanyikan lagu.

Ingatkan nak karaoke, rupanya tuntut hutang 6 angka

Namun, wanita itu sebaliknya membuat pengumuman kepada salah seorang pelanggan yang berhutang sebanyak 400 juta rupiah (RM111,597).

“Ini adalah persembahan untuk orang yang duduk di meja itu, tolong langsaikan hutang 400 juta rupiah.

Kamu tidak tahu malu? Gaya seperti orang elit tetapi sebenarnya liat?” kata wanita tersebut.

Rakaman itu telah mencatatkan lebih 2.8 juta tontonan dan mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

“Kalau saya, saya memang malu kalau ditegur macam tu,” komen seorang netizen.

“Kalau hutang sebanyak itu, saya pun sanggup!” komen netizen lain.

BACA: 2 tahun aku kahwin dengan isteri pilihan ibu dan adik beradik aku, baru nampak belangnya