Ingatkan murah rezeki beli nasi lemak dapat sambal sotong percuma, rupanya bangkai cicak cukup sifat dalam nasi lemak!
sebungkus nasi lemak sudah terhidang di depan mata, aromanya sahaja pasti membuatkan sesiapa pun tidak sabar-sabar untuk menikmatinya.
Bagaimanapun perkongsian seorang individu di TikTok memaparkan nasi lemak daun pisang yang dibelinya, cukup membuatkan warga maya mual dan trauma.
Mana tidaknya, nasi lemak yang dibeli individu tersebut bukanlah dilengkapi dengan sambal ikan bilis atau lauk lain sebagaimana kebiasaan, sebaliknya hadir dengan pakej seekor cicak!
Menerusi video berdurasi 18 saat yang dimuat naik di laman sosial tersebut, jelas kelihatan bangkai seekor cicak yang terkulai di atas nasi lemak yang disiram dengan sambal.
Individu berkenaan mengalihkan bangkai cicak menggunakan sudu agar kelihatan lebih jelas.
“Meniaga boleh tak jangan pengotor sangat? Ini pengotor tahap apa ni… Cicak sebesar alam boleh ada dalam nasi lemak ni. Hilang selera makan aku!” tulisnya dalam perkongsian tersebut.
Menurut individu berkenaan, nasi lemak tersebut dibeli dari gerai penjaja di tepi jalan.
Tidak berkongsi lebih lanjut mengenai gerai yang dimaksudkan, namun dipercayai ia berlaku di Taman Tasik Permaisuri, Kuala Lumpur, berdasarkan lokasi pinned di dalam video tersebut.
Kecewa dengan tahap kebersihan pengendalian makanan oleh penjaja berkenaan, individu tersebut mengakui insiden itu membuatkan dia fobia.
“Sebelum makan check la dulu ya. Fobia aku nak beli nasi lemak tepi jalan. Pengotor gila,” luahnya lagi.
Bayangkan kalau dah terkunyah… lunyai dalam mulut tinggal nak telan je.
Dimuat naik pada lewat petang Selasa, hingga kini video tersebut meraih hampir 600,000 jumlah tontonan malah mengundang ribuan komen netizen.
Rata-ratanya bukan sahaja meluahkan rasa geli-geleman, namun dalam masa yang sama melahirkan rasa kesal dengan sikap segelintir peniaga makanan yang mengambil remeh soal kebersihan.
Netizen turut terkejut melihat kehadiran bangkai cicak di dalam nasi lemak yang dibeli individu berkenaan.
“Bayangkan kalau dah terkunyah… lunyai dalam mulut tinggal nak telan je.
“Ingatkan ikan bilis. Dia bungkus nasi lemak tu sambil tidur ke?
“Ini mesti masak lauk lepas tu biar atas dapur tak tutup kuali atau periuk.
“Kalau aku tak pakai cermin mata memang naya… berjoget cicak dalam perut,” demikian antara komen netizen.
BACA:
Bekas Setiausaha sulit pemimpin Bersatu kantoi tipu projek kerajaan RM8 juta
Pelakon terkenal anggap sebagai satu penghormatan dipilih jadi model pakaian dalam Victoria Secret