Seorang lelaki yang disyaki mabuk, rupanya mengalami masalah tulang rawan tergelincir (slip disc)
sehingga terbaring sambil merintih kesakitan di hadapan pintu masuk sebuah kondominium.
Melalui video yang dimuat naik di akaun @Bohjankl, lelaki itu kelihatan tidak mampu bergerak kerana kesakitan yang teramat dan merintih meminta pertolongan.
“Pagi tadi, semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, ada seorang lelaki tiba-tiba terjatuh di depan aku dan kemudian merintih kesakitan.
“Aku sangka dia mabuk sebab sudah pukul 5 pagi. Rupanya dia merintih kesakitan kerana ‘slip disc’.
@bohjankl Kalau kene Slipped Disc ni memang xleh bawak bincang sakit dia..😖😖😖😖😖😖😖😖😖😖 #2023 #HKL #slippeddisc ♬ original sound – BOJAN’KL
“Sebelum ini dia pernah menjalani rawatan, tetapi kali ini diserang semula selepas turun dari motosikal,” tulisnya di dalam video itu.
Menurutnya, dia segera menghubungi talian kecemasan dan tidak lama selepas itu pasukan perubatan tiba untuk membawa lelaki tersebut ke Hospital Kuala Lumpur.
Tinjauan di ruangan komen mendapati ramai yang berterima kasih kepada @Bohjankl kerana menyelamatkan lelaki itu selain mendoakan agar pesakit tersebut diberi kesembuhan segera.
Sehingga kini, video tersebut telah mendapat 1.6 juta tontonan, 138,800 tanda suka, dan 2,579 perkongsian.