Mari kita doakan agar Halima cepat sembuh dan dapat keluar dari hospital, serta semoga semua anaknya membesar dengan sihat.
Wanita berusia 25 tahun, Halima Cisse, telah diterbangkan oleh kerajaan Mali ke Maghribi untuk mendapatkan
penjagaan kesihatan yang lebih baik selepas disahkan mengandung.
Awalnya, imbasan ultrasound yang dilakukan di Mali dan Maghribi menunjukkan bahawa Halima hamil kembar tujuh.
Namun, ramalan itu ternyata tidak tepat apabila Halima melahirkan kembar sembilan.
Menurut sumber, Halima Cisse berjaya melahirkan lima bayi perempuan dan empat bayi lelaki melalui pembedahan.
“Ibu dan bayi berada dalam keadaan baik setakat ini,” kata Menteri Kesihatan Mali, Fanta Siby, yang turut mengucapkan tahniah kepada pasukan perubatan di Mali dan Maghribi atas kejayaan kehamilan luar biasa ini.
Sebelum ini, doktor telah menyatakan kebimbangan mereka mengenai tahap kesihatan ibu dan peluang untuk bayi-bayi tersebut terus hidup. Namun, Halima Cisse dan semua bayinya dijangka akan pulang dalam beberapa minggu lagi.
Beberapa bulan kemudian, Halima Cisse memaklumkan bahawa dia memerlukan 100 lampin dan enam liter susu sehari untuk keperluan bayi-bayinya
Beliau dan suaminya sangat gembira dengan kehadiran anak-anak mereka dan masih berhasrat untuk menambah keluarga jika berpeluang.