Panas! Kontroversi meletup di media sosial apabila seorang wanita mendedahkan dirinya sebagai kekasih kepada pelakon Aliff Aziz sejak Januari 2024.
Dalam pendedahan tersebut, wanita tersebut menceritakan secara terperinci kronologi hubungannya dengan Aliff
sehingga pelakon itu ditangkap bersama Ruhainies Mac baru-baru ini.
Dia didakwa sebagai Sarah Yasmine. Pada hari Aliff ditahan bersama Ruhainies,
sepatutnya dia berjumpa dengan Aliff di Kuala Lumpur, namun pelakon tersebut memilih untuk menjaga jarak.
Setelah urusan hukum Aliff diselesaikan, dia menghubungi Sarah untuk menerangkan situasi tersebut. Sarah kemudiannya memilih untuk mempercayai Aliff.
Sarah turut mendakwa bahawa Aliff telah tinggal di rumahnya selama sebulan tanpa pengetahuan sesiapa termasuk Bella dan Ruhainies, sehingga penggambaran drama tamat.
Namun, kebenaran terbongkar apabila Sarah membaca perbualan antara Aliff dan seorang wanita yang dikenali sebagai ‘NRF’ dalam aplikasi Whatsapp.
Dalam mesej tersebut, Aliff dan NRF didakwa mempunyai hubungan istimewa yang menyebabkan kekecewaan kepada Sarah. NRF juga dikatakan mencabar hubungan Aliff dengan Bella.
Sarah telah cuba menghubungi NRF untuk mengambil tindakan, namun percubaannya tidak berjaya. Oleh itu, dia memilih untuk mendedahkan isu ini kepada orang ramai kerana berasa dikhianati.