Ingatkan dah pupus, Blackberry umum kerjasama dengan SKMM tubuh pejabat keselamatan siber

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

BlackBerry Ltd telah mengumumkan bahawa bahagian keselamatan sibernya, s

ebuah firma teknologi dari Kanada, telah menubuhkan ibu pejabat serantaunya untuk rantau Asia Pasifik di Malaysia.

Ibu pejabat tersebut, yang beroperasi sepenuhnya di Cyberjaya, memanfaatkan lokasinya yang strategik

Berhampiran hab teknologi baru dan infrastruktur kerajaan.

Menurut Berita Harian, BlackBerry bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mewujudkan Pusat Kecemerlangan Keselamatan Siber,

Ingatkan dah pupus, Blackberry umum kerjasama dengan SKMM tubuh pejabat keselamatan siber

sebuah kemudahan latihan bertaraf dunia yang bertujuan meningkatkan kemahiran tenaga kerja negara dalam bidang keselamatan siber.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, menyambut baik keputusan BlackBerry untuk menubuhkan ibu pejabat wilayahnya di Malaysia.

Menurutnya, langkah ini bukan sahaja memberi manfaat kepada Malaysia tetapi juga membolehkan rantau ini memanfaatkan penyelesaian keselamatan siber termaju yang ditawarkan oleh BlackBerry.

Naib Presiden Keselamatan Siber BlackBerry di Asia Pasifik, Tash Stamatelos, turut menyatakan bahawa Malaysia adalah pasaran penting secara strategik bagi BlackBerry.

“Kami berbangga menubuhkan ibu pejabat Asia Pasifik baharu di Malaysia sebagai sebahagian daripada rancangan pengembangan serantau kami,” katanya.

BlackBerry menyediakan perisian dan perkhidmatan keselamatan pintar untuk perusahaan dan kerajaan di seluruh dunia.

BACA: Tokoh ASWAJA kalah saman dengan bekas ratu cantik negara, ini kisahnya