Ingat dah cukup jumlah rupanya belum, Manchester United kena ‘kekah’ dengan Liverpool. Liverpool umpama melepas ‘geram’ apabila membelasah Manchester United 7-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), sebentar tadi.
Aksi babak pertama di Stadium Anfield, menyaksikan Cody Gakpo memecah kebuntuan gol pada minit ke-43 untuk mendahului 1-0.
Bersambung babak kedua, tuan rumah hanya memerlukan dua minit untuk membolosi gawang The Red Devils buat kali kedua hasil ledakan penyerang Liverpool, Darvin Nunez.
Gakpo sekali lagi mencetak nama sebagai penjaring pada minit ke-50, disusuli gol daripada bintang sensasi Liverpool, Mohamed Salah pada minit ke-66.
Pemain United seolah-olah dipukau oleh aksi luar biasa pasukan tuan rumah apabila penjaga gol pelawat, David de Gea dibolosi buat kali keempat.
Pesta gol tuan rumah tidak terhenti di situ apabila Nunez terus mempamerkan bisa penyudah pada minit ke-75, sebelum Salah menambah derita United lapan minit kemudian.
Tidak mahu terlepas peluang mencetak nama sebagai penjaring, Roberto Firmino menutup malam penuh gemilang Reds dengan gol ketujuh dua minit sebelum masa sebenar tamat.
Kekalahan itu mencerahkan peluang skuad Jurgen Klopp untuk bersaing memburu kedudukan empat teratas manakala kekalahan besar ini menjadi mimpi buruk buat pengendali United, Erik ten Hag.
BACA:
Saham Boustead melonjak selepas LTAT buat tawaran ambilalih
Tular video seorang bapa bekerja sambil dukung anak, rupa-rupanya isteri dia dah..
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio