“Ingat batu biasa rupanya telur dinosour usia 66 Juta tahun” – Budak terkejut jumpa masa main korek tanah. Semasa kita kecil pasti ramai antara kita yang pernah bermain mengorek tanah untuk cuba menemui fosil dinosour.
Seorang kanak-kanak dari Heyuan, China menjadi tular kerana dia disahkan benar-benar menemui fosil zaman haiwan presejarah itu.
Zhang Yangzhe ternampak batu pelik ketika sedang mencari sesuatu untuk membantunya membuka kacang walnut di pinggir sungai.
Melalui pemerhatiannya sahaja, dia sendiri memutuskan bahawa batu yang ditemuinya itu adalah sebiji telur dinosaur. Fuhh, yakin betul ya budak 9 tahun ini! Namun tak lama kemudian, penemuannya itu disahkan dan ‘batu’ itu sememangnya telur dinosaur!
Budak Lelaki Secara Tak Sengaja Menemui Telur Dinosaur Berusia 66 Juta Tahun Yang kemudian Disahkan Pakar ArkeologiTidak lama kemudiannya
pakar arkeologi menemui lagi 10 biji ‘batu’ iaitu telur dinosaur di kawasan sekitar penemuan Zhang dan selepas dikaji, mereka mengesahkan bahawa batu itu memang betul ianya adalah telur dinosaur yang berusia lebih kurang 66 juta tahun.
Budak Lelaki Secara Tak Sengaja Menemui Telur Dinosaur Berusia 66 Juta Tahun Yang kemudian Disahkan Pakar Arkeologi
Menurut ibunya, budak lelaki yang berusia 9 tahun itu memang gemar dan suka membaca tentang Sains, terutamanya benda-benda yang berkaitan dengan dinosaur. Dia juga tahu setiap jenis dinosaur mempunyai telur yang berlainan bentuk, menyebabkan dia dapat mengenalpasti penemuan berkenaan.
Budak Lelaki Secara Tak Sengaja Menemui Telur Dinosaur Berusia 66 Juta Tahun Yang kemudian Disahkan Pakar Arkeologi
Sejak 1996 sebanyak 17,000 biji telur dinosaur dilaporkan ditemui di bandar itu menyebabkan Heyuan dianggap sebagai ‘rumah dinosaur’ dan mempunyai muzium dinosaur mereka sendiri yang diberi nama Heyuan Dinosaur Museum
BACA:
“PPBM jangan risau, tak buat salah jangan takut” – netizen
Ini sebab ramai berebut nak jadi wakil rakyat, kelebihan ini tiada pada YDP Agong