Terma ‘influencer’ merupakan istilah baharu yang digunakan oleh netizen untuk merujuk individu yang mempunyai jumlah pengikut yang besar di media sosial.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa ‘influencer’ yang menggunakan ‘pengaruh’ mereka dengan cara yang tidak baik.
Baru-baru ini, seorang warganegara Singapura, Venie Lin, berkongsi pengalamannya di laman Facebook mengenai seorang individu
Ada yang menggunakan pengikut dan ‘likes’ palsu untuk mendapatkan barangan secara percuma.
Venie, seorang pembekal makanan segar dan sejuk dengan perniagaan bernama Frozendozen, mendakwa bahawa ‘influencer’ ini mendekati individu yang memiliki perniagaan kecil.
Xue Wei, individu yang mengurus akaun Instagram @anaffairwithfood, telah mendekati Venie, yang baru memulakan perniagaan, dan menawarkan tajaan selama tiga bulan. Mereka mengaku ingin menyokong perniagaan tempatan semasa pandemik COVID-19.
Pada awalnya, Venie menganggap akaun Instagram AAWF adalah sah, jadi dia bersetuju untuk menaja dengan harapan mendapatkan liputan produknya di laman Instagram AAWF.
Walau bagaimanapun, kecurigaan Venie muncul apabila AAWF menolak menandatangani kontrak makanan senilai $300 yang telah disepakati bersama, dan mereka menukar syarat kontrak kepada nilai kira-kira $100.
Merasa curiga, Venie mula menyiasat dan menemui beberapa perkara yang mencurigakan. Antaranya, purata ‘likes’ pada hantaran AAWF hanya sekitar 50-60, yang agak pelik untuk profil dengan 22.3 ribu pengikut.
Setelah mengetahui ini, Venie menghantar email kepada AAWF untuk meminta pulangan wang untuk makanan bernilai $93.05.
Kenyataan Venie disokong oleh terma yang menyatakan, “Menurut peraturan pengurusan, kerjasama dengan ‘influencer’ yang melibatkan pengikut atau ‘likes’ palsu akan diberhentikan, dan bayaran perlu dikembalikan untuk barang yang telah dihantar.”
Namun, AAWF menganggap email balas dari Venie sebagai ‘kurang ajar’ dan mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.
Tidak lama selepas Venie menghantar email kepada AAWF, dia mendapati ‘likes’ pada hantaran terkini AAWF di Instagram mereka meningkat secara mendadak.
Untuk mengelakkan isu berpanjangan dan mengambil kira kos untuk melantik peguam serta menghantar saman, Venie memilih untuk menyelesaikan kes ini dan ‘menghalalkan’ wang yang ditipu oleh AAWF.
BACa: