Influencer guna najis sendiri sebagai topeng muka malk bagi cantik

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Seorang pempengaruh kecantikan dari Brazil, Débora Peixoto, baru-baru ini telah mencetuskan kemarahan netizen di media sosial

selepas memuat naik video menunjukkan dirinya menggunakan najisnya sebagai topeng muka (face mask).

Dalam video yang dimuat naik di akaun Instagramnya, Peixoto mengeluarkan sebekas najis dari peti sejuk dan menyapu pada wajahnya,

dengan dakwaan bahawa najis mampu mengurangkan tanda penuaan dan menjadikan kulit lebih awet muda.

Tindakannya itu menarik perhatian ramai dengan pelbagai reaksi negatif dari masyarakat dan pakar dermatologi.

Influencer guna najis sendiri sebagai topeng muka malk bagi cantik

Pakar kulit dari London, Dr. Sophie Momen berkata, tiada bukti saintifik yang menyokong penggunaan najis sebagai rawatan kulit, dan amalan tersebut berpotensi berbahaya kerana boleh terdedah kepada bakteria dan parasit.

Peixoto juga dilihat menggunakan alat penyepit hidung untuk menahan bau yang tidak menyenangkan, menambahkan lagi ketidakpercayaan netizen terhadap video tersebut.

Ramai netizen mengecam tindakannya dan menegaskan itu adalah salah satu trend kecantikan paling aneh yang pernah dilihat.

BACA: Ibu boleh hilang hak jagaan anak jika tiada pekerjaan? Ini penjelasan peguam syarie