Individu dedah rahsia macam mana orang cina kaya, tanpa sedar ramai orang melayu dah buat

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Impian untuk menjadi kaya adalah lumrah bagi kebanyakan individu, membolehkan mereka memenuhi keperluan dan kehendak dengan lebih baik.

Di Malaysia, masyarakat berketurunan Cina sering dikaitkan dengan kejayaan dan kemewahan, dan walaupun mencapai kekayaan dan kejayaan tidak mudah, ia bukanlah mustahil.

Baru-baru ini, seorang wanita bernama Kakwa Lina berkongsi lima rahsia orang Cina dalam membina kekayaan dan kejayaan.

Bantu Keluarga: Orang Cina sering membantu adik-beradik dalam bidang perniagaan.

Mereka tidak mahu melihat sesiapa dari keluarga mereka berdepan dengan kesukaran kewangan, jadi mereka bekerjasama untuk membina perniagaan yang menguntungkan.

Individu dedah rahsia macam mana orang cina kaya, tanpa sedar ramai orang melayu dah buat

Pelaburan Harta Sedia Ada: Mereka cenderung untuk mengembangkan portfolio hartanah mereka. Mereka lebih suka melabur dalam hartanah sebagai pelaburan jangka panjang daripada membeli barang mewah.

Ini membantu mereka untuk meningkatkan kekayaan mereka seiring berjalannya masa.

Gembira dengan Kejayaan Orang Lain: Mereka gembira melihat kejayaan rakan kongsi atau keluarga. Mereka tidak cemburu, sebaliknya memberikan sokongan kepada sesiapa yang berjaya dalam perniagaan.

Menyimpan Sebelum Belanja: Orang Cina cenderung menyimpan duit mereka dalam simpanan tetap atau unit amanah. Mereka hanya menggunakan wang hasil pelaburan untuk membuat pembelian.

Menjauhi Hutang: Mereka tidak gemar berhutang untuk membeli barangan keperluan atau kemewahan.
Sebaliknya, mereka lebih suka menabung dan membeli secara tunai tanpa berhutang.

Bagi mereka, hanya membeli rumah dan kereta sahaja yang berhutang, dan mereka cuba melangsaikannya dengan segera.

Rahsia ini menunjukkan bahawa kejayaan orang Cina dalam mencapai kekayaan biasanya berkait rapat dengan kebijaksanaan dalam perancangan kewangan dan kerjasama dalam keluarga serta masyarakat

BACA: “Aku balik awal sebab nak buat kejutan untuk isteri, bila sampai rumah aku yang terkejut ada motor sepupu di rumah, rupanya”