Bila kita dengar perkataan “wayang” atau “filem”, mesti ramai terbayang kemanisan popcorn atau bertih jagung.
Tapi, pernahkah anda terfikir macam mana boleh wujudnya popcorn dan wayang?
Sebenarnya, dulu wayang atau pementasan teater dianggap hanya orang yang tertentu sahaja boleh pergi tengok.
Hanya orang yang kaya dan bangsawan sahaja yang mampu tengok benda seperti ini.
Namun semua itu berubah apabila wayang ni sekarang semakin berkembang luas maka pada 1927 dikatakan hampir semua orang mampu menonton wayang.
Dari situ, ramai yang pergi menonton wayang bawa makanan mereka.
Penjual popcorn mula nampak potensi untuk membuka gerai di kaki lima panggung wayang.
Lalu pengusaha panggung wayang mendapat idea untuk menjual di dalam kawasan panggung tu sendiri.
Popcorn yang merupakan makanan yang sesuai semasa wayang kerana tidak mengganggu mereka untuk melihat cerita.
Tambahan pula, apabila popcorn itu sendiri merupakan makanan yang agak murah, sedap dan mudah untuk dibuat.