Individu dakwa cicit-38 Nabi, ini jawapan padu Ustaz Azhar

Individu dakwa cicit 38 Nabi ini jawapan padu Ustaz Azhar

Individu dakwa cicit-38 Nabi, ini jawapan padu Ustaz Azhar. Masyarakat di negara ini dinasihatkan supaya bersikap husnuzon (bersangka baik) terhadap kedatangan seorang lelaki yang didakwa keturunan Nabi Muhammad S.AW.

Ini kerana menurut pandangan pencemarah selebriti, Ustaz Azhar Idrus, kedatangan individu tersebut tidak mendatangkan kemudaratan kepada umat Islam di negara ini.

Katanya, sekiranya kedatangan beliau memudaratkan masyarakat negara ini baharulah pihak berkuasa perlu mengambil tindakan sewajarnya.

“Jika bukan dia keturunan Nabi (Rasullulah) sekali pun tiada masalah kerana ia tidak memudaratkan masyarakat di negara ini kerana kedatangannya adalah untuk menghadiri majlis Sambutan Maulidur Rasul.

“Biarlah pihak berkuasa yang ada autoriti menentukan sama ada dia keturunan Nabi (Rasullulah) atau sebaliknya. Jika kita orang pertikai keturunan kita apa yang kita rasa, ” soalnya pada sesi ceramah yang disiarkan di laman sosial semalam.

Individu dakwa cicit-38 Nabi, ini jawapan padu Ustaz Azhar

Mengulas lanjut, Azhar berkata, apa yang perlu dibimbangi adalah kemasukan individu yang jelas memudaratkan masyarakat di negara ini seperti kehadiran artis luar negara.

“Yang kita bimbang adalah kedatangan penyanyi-penyanyi dan penari (luar negara) yang banyak merosakkan akidah, minda umat Islam di negara kita.

“Macam-macam konsert yang mendedahkan aurat, terang-terang fasik, merosakkan pandangan, melakukan maksiat kemungkaran di negara kita. Kita benarkan, kita sohorkan, malah tidak marah pun, ini jelas menunjukkan kamu orang munafik,” ujarnya.

Terdahulu, tular di media sosial sebelum ini berkaitan seorang lelaki berketurunan Arab yang didakwa cicit kepada Nabi Muhammad S.A.W.

Lelaki tersebut dikenali sebagai Sayyid Muhammad Amin Al Idrisi Al Hasani Al Maghrobi (Morocco).

Dikatakan Al-Idrisi Al-Maghoribi merupakan Keturunan Sayyid Idris yang bersambung pada Sayyidina Muhammad bin Hasan bin Ali bin Abi Thalib yang kini merupakan pemimpin Cabang Majlis Rasulullah di negara Morocco.

Bagaimanapun, dakwaan tersebut menjadi perdebatan hangat netizen di media sosial berkenaan kesahihan keturunan Rasulullah itu.

@muhammad.ikram997 #ustazazharidrus #fyp ♬ original sound – Muhammad Ikram


BACA:

Pemuda datang naik motosikal daftar sendiri masuk Universiti dipuji

Tom Cruise buat kerja gila lagi, berlakon luar angkasa pula

Tragedi stadium bola: 131 nyawa terkorban, ratusan polis sujud mohon maaf

CATEGORIES