Ina Naim dedah niat sebenar nak kahwin lagi selepas setahun pemergian suami

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Ina Naim, balu kepada Allahyarham Suhaimi Saad, mengesahkan bakal berkahwin dengan seorang duda berusia 41 tahun pada 8 November nanti.

Memetik laporan Harian Metro, Ina memilih untuk tidak membuat pengumuman besar bagi menghormati perasaan ibu bapanya.

“Majlis kecil-kecilan, bukan kedekut tetapi…”

Ina menjelaskan bahawa majlis itu akan diadakan secara kecil-kecilan dengan hidangan yang terhad,

kerana ingin mengelakkan fitnah yang mungkin timbul jika berlaku kekurangan makanan atau isu lain.

Ina Naim dedah niat sebenar nak kahwin lagi selepas setahun pemergian suami

“Bukan kedekut, tetapi ini adalah perkahwinan kedua saya. Jadi, saya tak rancang buat secara besar-besaran dan sekiranya makanan tidak cukup, bimbang boleh timbulkan fitnah pula.

Kasihan pula emak dan abah jadi bualan orang,” kata Ina.

Menurut Ina, lelaki tersebut adalah peminat setia arwah suaminya dan mula mengenali Ina selepas Aidilfitri lalu.

“Bakal suami adalah bekas tenaga pengajar di Giat Mara. Niatnya berkahwin dengan saya kerana mahu mengumpul pahala menjaga anak yatim dan membela nasib ibu tunggal,” jelasnya.

Bakal suaminya juga seorang duda dan mempunyai dua orang anak. Menurut Ina, bakal suaminya sudah lama mengidolakan keluarganya dan cara arwah Suhaimi mendidik anak-anak.

Dalam persiapan untuk memulakan hidup baharu, Ina turut memikirkan penerimaan anak-anak terhadap bakal suaminya.

Katanya, keempat-empat anaknya menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka selepas Ina menjelaskan mengapa dia perlu berkahwin semula. Bakal suaminya juga dilihat ikhlas menyayangi anak-anak dan mahu menjadi seperti arwah Suhaimi dalam mendidik mereka dengan ilmu bermanfaat.

Keluarga arwah suami beri restu

Ina turut mendapatkan pandangan daripada keluarga arwah suaminya dan bersyukur apabila mereka menyokong keputusannya.

“Adik-beradik arwah beri galakan kerana mereka tahu susahnya membesarkan anak seorang diri,” tambah Ina, yang merasa terharu dengan sokongan keluarga arwah suaminya yang memahami keperluannya untuk mempunyai seorang pendamping yang dapat membimbing dan menjaga kebajikan dia dan anak-anaknya.

BACA: Rupanya lelaki melayu yang letak kepala khinzir di gerai roti canai?