Amyra Rosli, atau nama sebenarnya Nur Amira Izzati Rosli, 33, menerima ujian tersebut dengan hati yang reda
Dan menganggap belum tiba rezekinya untuk menambah ahli keluarga dalam masa terdekat.
Walaupun hanya seketika, Amyra tetap bersyukur kerana berpeluang merasai kehadiran janin itu dalam rahimnya.
“Awak hanya singgah sekejap dalam perut mommy, lepas itu awak pergi.
“Comel betul awak ni. Tak ada rezeki,” tulisnya.
Berita sedih itu dikongsi oleh Amyra menerusi hantaran di Instagram pada Isnin.
Tidak mahu terus berlarut dalam kesedihan, Amyra memilih untuk kembali fokus kepada kerjayanya seperti biasa.
“Tak apa, kita fokus shooting dulu!,” katanya.
Dalam hantaran tersebut, menerusi tanda pagar yang disertakan, Amyra dipercayai mengalami keguguran akibat kehamilan kimia atau chemical pregnancy.
Kehamilan kimia ialah kehilangan kandungan di peringkat awal yang berlaku selepas implantasi, sebelum janin dapat dikesan melalui ultrasound. Situasi ini menyumbang kepada 50 hingga 75 peratus kes keguguran.
Untuk makluman, Amyra dan suaminya, Amar Baharin, mendirikan rumah tangga pada November 2016.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi, 7, dan Ayra Aryssa, yang kini berusia empat tahun.
BACA: Tular video mangsa banjir bawa bayi dalam besen mandian undang sebak netizen