Imigresen dedah taktik macam mana kilang boleh ambil warga asing bekerja yang ramai tak tahu.
Jabatan Imigresen (JIM) Melaka menahan 33 pekerja asing haram dalam serbuan Op Mahir
Kejadian berlaku di sebuah kilang kitar semula di Kawasan Perindustrian Bukit Rambai pada Rabu kerana melanggar pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen.
Pengarah JIM Melaka, Anirwan Fauzee Mohd Aini, berkata warga Myanmar, Bangladesh dan China itu dikesan masuk serta tinggal di Malaysia secara haram, selain tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.
“Dalam serbuan itu, kilang berkenaan didapati bertutup rapat dan dikelilingi pagar zink dipercayai bagi mengelak aktiviti mereka disyaki menggaji pekerja asing secara haram, dihidu penguat kuasa.
“Ketika diserbu, hampir semua 39 pekerja asing panik dan bertempiaran ke kawasan semak untuk mengelak ditahan kerana dipercayai tidak memiliki dokumen perjalanan dan permit kerja sah,” katanya menurut Harian Metro.
Dalam perkembangan lain, tujuh wanita warga asing ditahan kerana disyaki menawarkan khidmat seks menerusi aplikasi WeChat, dalam serbuan di beberapa hotel “tiga bintang” di Melaka Raya dan Kota Laksamana.
Anirwan Fauzee berkata, Op Gegar itu bermula 10 malam Rabu hingga 2 pagi Khamis, susulan maklumat penawaran aktiviti pelacuran membabitkan warga asing dengan bayaran RM230 hingga RM800, mengikut pakej perkhidmatan.
Katanya, dua warga Indonesia dan lima warga Thailand ditahan itu gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri dan melanggar syarat pas/permit.
Secara keseluruhannya, beliau berkata, 60 warga asing diperiksa dalam dua operasi itu membabitkan tiga pegawai dan 20 anggota.
“Daripada jumlah itu, 41 warga asing ditahan terdiri daripada 23 warga Myanmar, Thailand (enam), China dan Indonesia masing-masing lima orang dan dua dari Bangladesh berusia 19 hingga 43 tahun,” katanya sambil menambah saman dikeluarkan kepada pemilik kilang, pelanggan dan pengurus hotel itu.
BACA:
Ini mesej tersirat dalam filem Senario yang ramai tak sedar, no.2 ramai orang Melayu buat
Ingatkan ada kemalangan ngeri berlaku di Bukit Bintang, rupa ini sebenarnya yang berlaku