Imbau detik anak mula berkecimpung dalam dunia hiburan, Ibu kandung dedah ‘sisi gelap’ Fattah Amin

Oleh DAHLIA MARZUKI

Ibu kepada pelakon terkenal Fattah Amin, Azizah Abdul Ghani, baru-baru ini berkongsi beberapa perkara mengenai anaknya itu.

Menerusi temu bual di TikTok, Azizah mendedahkan bahawa sambal udang merupakan makanan kegemaran Fattah.

“Masakan saya yang paling dia suka adalah sambal udang,” katanya.

Selain itu, Azizah juga berkongsi bahawa Fattah adalah seorang anak yang baik dan bukan jenis yang nakal.

Azizah turut mengimbau kembali detik-detik ketika dia mengetahui Fattah mula berkecimpung dalam dunia hiburan.

Imbau detik anak mula berkecimpung dalam dunia hiburan, Ibu kandung dedah 'sisi gelap' Fattah Amin

Pada awalnya, Azizah berharap anaknya itu tidak terlibat dalam industri seni meskipun ada keluarga lain yang terlibat seperti bapa saudara dan sepupunya.

“Mula-mula tahu Fattah jadi artis memang rasa terkejut. Dulu kalau boleh tak payahlah (jadi artis),” ujar Azizah.

Namun begitu, Azizah tetap memberi sokongan penuh kepada Fattah dan mendoakan agar dia terus menjaga nama baik keluarga.

Azizah juga menzahirkan doa untuk anak sulungnya itu, mengharapkan agar Fattah sentiasa menjaga solat dan menjadi insan yang membanggakan keluarga.

“Ibu doakan Along (Fattah) supaya menjaga diri, solat tidak tinggal, jaga nama baik keluarga,” tambahnya.

Adik bongsu Fattah turut berkongsi pandangan mengenai personaliti abang sulungnya. Menurutnya, Fattah seorang yang tegas ketika mereka masih kecil, menjalankan tanggungjawab sebagai anak sulung untuk menjaga adik-adiknya.

“Along seorang yang cool, sewaktu adik-adik masih kecil dia sangat tegas dengan kami. Biasalah anak sulung, memang kena tegas sikit,” kata adiknya.

Adiknya juga turut menitipkan doa agar Fattah menjadi seorang muslim yang berjaya di dunia dan akhirat.

BACA: Siapa sangka kucing jalanan dari Malaysia tapau ikat tepi semua kucing baka bangsawan*