Ikea tiba-tiba ‘lockdown’, panik semua pengunjung dalam tu

Ikea tiba tiba lockdown panik semua pengunjung dalam tu

Ikea tiba-tiba ‘lockdown’, panik semua pengunjung dalam tu. Pengunjung sebuah pasar raya perabot terkemuka di China panik dan cuba meluru keluar apabila premis itu diarahkan tutup serta-merta akibat jangkitan COVID-19.

Dalam kejadian pada Sabtu, pasar raya Ikea di Shanghai diarah tutup selepas pihak berkuasa kesihatan bandar menemukan bukti kontak rapat kes COVID-19 di lokasi.

Beberapa video di media sosial menunjukkan pelanggan menjerit dan menolak antara satu sama lain dalam cubaan melarikan diri dari bangunan itu sebelum pintu ditutup.

Difahamkan pengunjung yang tidak sempat keluar terpaksa menjalani kuarantin di kem tahanan.

Dalam taklimat akhbar pada Ahad, Timbalan Pengarah Suruhanjaya Kesihatan Shanghai, Zhao Dandan berkata kedai dan kawasan terjejas akan berada di bawah pengurusan ‘lingkaran tertutup’ selama dua hari.

Ikea tiba-tiba 'lockdown', panik semua pengunjung dalam tu

Mereka yang berada di dalam lingkaran itu perlu menjalani kuarantin dua hari di fasiliti kerajaan dan pengawasan kesihatan selama lima hari.

Pada Isnin, pihak berkuasa kesihatan bandar itu melaporkan enam kes COVID-19 tempatan di Shanghai, di mana lima daripadanya tidak menunjukkan gejala.

Pasar raya Ikea di daerah Xuhui di Shanghai ditutup untuk sementara pada Ahad dan Isnin sebagai reaksi kepada “garis panduan pencegahan wabak” oleh pihak berkuasa dan dibuka semula pada Selasa, lapor CNN.

Shanghai, ibu kota kewangan China dengan populasi 25 juta, menjalani perintah berkurung selama dua bulan awal tahun ini.

Tindakan itu mencetuskan kemarahan orang ramai apabila penduduk melaporkan kesukaran memesan barang keperluan harian termasuk makanan dan ubat-ubatan.

Perintah berkurung dikenakan di bawah polisi tegas ‘Sifar-COVID’ China, yang bergantung kepada ujian besar-besaran, kuarantin secara meluas, dan perintah berkurung di seluruh bandar untuk menghapuskan penularan semula virus.

BACA:

Gadis Kedah ditangkap khalwat bersama 3 lelaki, siap jumpa kondom

Teruk kena hentam air balang rasa tak sedap, Syahmi Sazli akhirnya bersuara

Van Jenazah tak ada, penduduk terpaksa usung mayat sejauh 13 kilometer

CATEGORIES