Idea ‘genius’ pemuda guna seluar hitam jadikan blazer tarik perhatian

Idea ‘genius’ pemuda guna seluar hitam jadikan blazer tarik perhatian.Mahu nampak profesional remaja ini dikatakan kreatif apabila beliau menggunakan seluar bewarna hitam dijadikan blazer untuk hadir sesi pembentangan dalam talian.

Tidak dinafikan situasi pandemik hari ini ramai yang menggunakan kaedah dalam talian sama ada untuk mengadakan mesyuarat atau program pendidikan.

Pasti kita selalu mendengar cerita lucu mengenai pakaian semasa pembentangan di dalam talian bukan? Kebanyakannya mesti memakai baju kemaja dan seluar pendek.

Namun, berbeza pula dengan video di TikTok baru-baru ini apabila kreativiti seorang remaja menggunakan
seluar sebagai ganti kepada blazer telah mendapat perhatian ramai.

Bijak jadikan seluar sebagai blazer untuk nampak profesional masa pembentangan

@syafiqstonemExtra points😡😡♬ Exit Music (For A Film) – Radiohead

 

Menerusi video yang dimuat naik oleh @syafiqstonem, kelihatan dia sudah bersiap sedia memakai baju kemaja dan blazer untuk menghadapi pembentangan di dalam talian.

Nak nampak profesional remaja ini guna seluar hitam dijadikan blazer

Seluar hitam yang dikepit dengan penyepit baju, nampak seperti blazer

Namun, apa yang mendapat perhatian netizen apabila rupa-rupanya dia hanya menggunakan seluar hitam yang dikepit untuk menampakkan seolah-olah dia memakai blazer.

Kemudian, dia dengan bangga meneruskan pembentangan bersama rakan sekumpulan yang juga sama-sama menggunakan taktik tersebut.

Tonton Juga:

BACA LAGI : Pesawat China bawa ratusan penumpang terhempas, ini yang terjadi..

Umno kata Pas ada 3 jahanam, ini respon ‘pedas’ Tuan Ibrahim

Spark Girls tak kisah dilihat seksi mahu dikenali di Malaysia

 

CATEGORIES