Ibubapa stress : Beberapa hari lancar Didik TV, Menteri umum sekolah dibuka

Ibubapa stress : Beberapa hari lancar Didik TV, Menteri umum sekolah dibuka

Berikut adalah tarikh buka sekolah terkini yang diumumkan oleh Dr Radzi Jidin menerusi Sidang Media YB Menteri Kanan Pendidikan Berhubung Pembukaan Sekolah Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, 19 Februari 2021.

Bagi Sekolah Rendah

• 1 Mac 2021 – Prasekolah, Tahun 1 dan Tahun 2

• 8 Mac 2021 – Bagi pelajar Tahun 3 – Tahun 6

Murid Prasekolah, Darjah 1 dan Darjah 2 dibuka lebih awal kerana ia adalah bagi memberi ruang kepada guru-guru untuk membiasakan anak-anak yang baru bersekolah untuk membiasakan diri dengan SOP baru di sekolah.

Bagi Sekolah Menengah

• 4 April 2021 – Kumpulan A

• 5 April 2021 – Kumpulan B

Bagi ibu bapa yang tertanya-tanya mengapa sekolah Menengah dibuka lebih lewat, ia adalah memandangkan 22 Mac ini bermulanya SPM, di mana ia memerlukan SOP yang terperinci dan ketat – contohnya dengan penyediaan bilik khas, langkah keselamatan, bilik isolasi, bilik transit dan sebagainya.

Oleh itu, KPM memutuskan bahawa murid sekolah menengah akan kembali ke sekolah selepas cuti pertengahan penggal, sekitar akhir Mac 2021

Murid Sekolah Vokasional

• 1 Mac 2021

Sekolah Swasta

• Mengikut tarikh seperti Sekolah KPM

IPS Kategori Pusat

• Pusat Tuisyen boleh mula dibuka mulai 8 Mac 2021

Rujuk Takwim Persekolahan 2021 KPM: Takwim Persekolahan 2021: Tarikh Perayaan & Cuti Sekolah 2021

Maklumat Lanjut

Pertanyaan mengenai tarikh buka sekolah dan pengoperasian institusi pendidikan bawah KPM dan semua kategori Institusi Pendidikan Swasta yang berdaftar dengan KPM boleh diajukan kepada TALIAN HOTLINE Bilik Gerakan Pembukaan Semula Sekolah di talian berikut:

• 03-8884 5020

• 03-8884 5336

• 03-8884 5022

• 03-8884 5122

Berita penuh : https://negaramerdeka.com/carca-marba-selepas-lancar-didik-tv-menteri-umum-tarikh-buka-persekolahan/