Ibu terkejut ada lelaki datang rumah beritahu arwah tinggalkan RM800,000 rupanya

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Seorang ibu tidak dapat menahan air mata selepas mengetahui bahawa dirinya merupakan penama hibah yang telah didaftarkan oleh arwah anak lelakinya.

Menurut ejen Takaful, Soffiyie Hassan, arwah yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan,

Dia bekerja di sebuah kedai makan dan mula membuat caruman sebanyak RM150 sebulan sejak penghujung tahun 2021.

Tindakan bijak arwah itu memberi manfaat besar kepada ibunya dan keluarga apabila hibah bernilai RM400,000 digandakan kepada RM809,947 selepas pemergiannya akibat kemalangan motosikal.

“Arwah berusia 27 tahun, anak sulung dalam keluarga. Ayahnya sudah lama meninggal dunia, dan arwah hanya bekerja di kedai makan.

Ibu terkejut ada lelaki datang rumah beritahu arwah tinggalkan RM800,000 rupanya

Pada Disember 2021, dia membuat caruman hibah dengan jumlah RM150 sebulan. Malangnya, arwah meninggal dunia akibat kemalangan motosikal.

“Pada hari kematiannya, saya datang menziarahi ibunya dengan memperkenalkan diri sebagai kawan arwah. Selepas tiga hari, saya bertemu semula dengan ibunya dan memaklumkan bahawa arwah telah mengambil hibah, dan beliau adalah penama. Ibu arwah terkejut kerana tidak pernah tahu mengenai perkara ini,” ceritanya.

Tambah Soffiyie, apabila dijelaskan mengenai hibah tersebut, ibu arwah menangis terharu kerana anaknya telah meninggalkan sesuatu yang begitu besar untuk dirinya.

“Hibah yang arwah ambil bernilai RM400,000 digandakan menjadi RM800,000 kerana kemalangan maut. Ini sangat membantu kehidupan ibunya selepas ketiadaan arwah,” katanya.

Kisah menyentuh hati ini turut dikongsi menerusi video di aplikasi TikTok dan berjaya meraih hampir setengah juta tontonan. Netizen meluahkan rasa kagum dengan tindakan arwah yang masih mampu ‘berbakti’ kepada ibunya meskipun telah meninggal dunia.

Antara komen yang ditinggalkan:
“Sampai tak ada pun masih menjalankan tanggungjawab.”
“Arwah anak yang bertanggungjawab kepada ibu dan keluarga.”
“Allahuakhbar, meninggal pun berjasa kepada ibunya.”

Dalam pada itu, ejen takaful tersebut menasihati orang ramai supaya mengambil iktibar dan mula membuat caruman hibah walaupun dalam jumlah kecil.

“Nasihat saya, carumlah hibah walaupun nilainya sedikit. Ini sangat membantu waris kita untuk meneruskan kelangsungan hidup selepas kita tiada. Kita mungkin sukar memahami kepayahan ini jika belum mengalaminya, tetapi mereka yang pernah kehilangan ketua keluarga akan faham betapa peritnya keadaan ini, terutama jika si mati meninggalkan hutang.

“Ketika kematian berlaku, ramai yang datang menziarahi dan mengucapkan takziah, tetapi hanya waris yang akan berdepan dengan kehidupan selepas itu – sama ada senang atau sengsara,” ujarnya.

Justeru, perancangan awal seperti hibah amat penting untuk masa depan keluarga agar tidak dibebani kesusahan yang tidak dijangka.

BACA: Pejuang SGD buktikan kos sara hidup di Singapura lebih murah dari Malaysia