‘Ibu sempat hidup 4 hari sebelum menutup mata’, 4 beradik terlibat nahas pesawat ditemui hidup lepas 40 hari dalam hutan

Oleh DAHLIA MARZUKI

‘Ibu sempat hidup 4 hari sebelum menutup mata’, 4 beradik terlibat nahas pesawat ditemui hidup lepas 40 hari dalam hutan

Pada 1 May lalu, rakyat Columbia dikejutkan dengan berita sebuah kapal terbang (Cessna 206) menjunam ke hutan belantara Amazon

Ia dipercaya berpunca daripada kegagalan fungsi enjin.

'Ibu sempat hidup 4 hari sebelum menutup mata', 4 beradik terlibat nahas pesawat ditemui hidup lepas 40 hari dalam hutan

Dalam nahas terbabit, ia telah mengorbankan 3 orang dewasa termasuklah juruterbang.

Namun 4 orang budak gagal dijejaki meskipun misi SAR sudah dijalankan merangkumi kawasan tertentu.

Anak sulung berumur 13 tahun, anak kedua 9 tahun, anak ketiga 4 tahun & si bongsu 11 bulan

Sejak hari pertama lagi, berita mengenai keberadaan 4 beradik itu cukup dinanti-nantikan sama ada masih hidup atau sebaliknya. Mereka dipercayai tinggalkan kawasan nahas itu kerana mahu mencari bantuan dari segenap sudut. Saat itu, pihak penyelamat cuma menemui jejak seperti tempat perlindungan sementara, botol susu, kesan tapak kaki dan juga gunting.

Pihak penyelamat gunakan anjing pengesan…4 beradik sembunyi kerana takut bunyi menyalak

Siapa sangka selepas 40 hari berada di rimba yang penuh haiwan buas, mereka berempat berjaya ditemui dalam keadaan selamat.

Menurut penjelasan ahli keluarga, si kakak sulung selama ini memang cekap menjaga adik-adiknya apabila ibu mereka bekerja.

Ia sedikit sebanyak membantunya dalam usaha mencari ikhtiar hidup. Buah-buahan di semak dan tepung ubi kayu menjadi makanan ruji mereka sepanjang sebulan lebih terperangkap di sana.

Nenek buat rakaman suara gunakan Bahasa Huitoto

Selain mengesan di darat, nenek kepada 4 beradik itu turut menyertai misi pencarian dengan cara merakam suaranya dalam Bahasa Huitoto.

Ia mengandungi pesanan agar cucu-cucunya hentikan pergerakan supaya lebih mudah dijejaki. Rakaman itu kemudiannya dimainkan di udara dengan bantuan penerbangan helikopter.

Si ibu sempat hidup selama 4 hari sebelum ‘menutup mata’

Antara 3 yang ‘tewas’, salah seorangnya adalah si ibu yang rupanya sempat hidup selama 4 hari.

Seakan tahu hayatnya sudah tidak lama, dia menyuruh anak-anak untuk pergi saja dari situ bagi mencari bantuan.

Mereka adalah suku Orang Asli Huitoto yang mempunyai sedikit ilmu rimba dan mungkin ia menjadi punca bagaimana 4 beradik itu mampu bertahan lebih lama.

BACA:

‘Duit boleh dicari, mak ayah tiada galang-ganti’, Lelaki ini berkorban tinggalkan kerja gaji lumayan demi jaga ibu sakit