Selain menyiapkan pakaian seragam dan kelengkapan sekolah, bekal makanan juga menjadi keutamaan bagi ibu bapa.
Namun, bagi sesetengah ibu bapa yang sibuk bekerja, mereka memilih untuk memberikan wang saku kepada anak-anak supaya dapat membeli makanan di kantin sekolah ketika waktu rehat.
Namun, dalam keadaan tergesa-gesa, ada kalanya anak-anak terlupa membawa wang belanja ke sekolah.
Seperti yang dikongsikan oleh seorang ibu di media sosial, yang meluahkan rasa kecewa kerana anaknya terlupa membawa wang belanja dan tidak dibantu oleh guru.
“Anak terlupa bawa duit belanja. Minta dengan cikgu, tapi cikgu tak beri. Sampai hati cikgu,” demikian luahan seorang ibu yang tular di media sosial.
Mengulas perkara tersebut, seorang wanita berkongsi pengalaman serupa, di mana dia juga pernah terlupa memberikan wang belanja kepada anaknya. Ketika itu, dia cuba meminta bantuan guru untuk meminjamkan wang, namun cikgu memberitahu tidak mempunyai wang kecil.
“Betul-betul lupa bagi anak duit belanja. Mesej cikgu untuk pinjamkan duit, nanti esok saya suruh anak bayar balik. Jawapan cikgu… minta maaf, saya pun tak ada duit kecil,” katanya dalam hantaran di media sosial, tanpa mendedahkan lokasi atau nama sekolah anaknya.
Wanita tersebut mencadangkan agar ibu bapa terus memindahkan wang ke akaun guru supaya cikgu dapat membelikan makanan untuk anak-anak.
Bercerita lebih lanjut, wanita itu menanyakan anaknya tentang makanan yang dimakan selepas pulang dari sekolah, dan anaknya memberitahu bahawa seorang kawan telah membelikannya keropok lekor.
“Alhamdulillah, Allah tetap bagi rezeki,” ujarnya, tanpa mendedahkan umur anaknya, namun dipercayai masih bersekolah rendah.
Di ruangan komen, pelbagai reaksi dan pandangan diberikan oleh warga maya mengenai tindakan ibu tersebut yang mahu meminjam wang daripada guru.
Ada yang berpendapat bahawa ibu sepatutnya terus memindahkan wang kepada guru agar cikgu dapat membeli makanan untuk anaknya. A
da juga yang berpendapat bahawa tidak sepatutnya ibu menyalahkan cikgu, kerana guru tidak hanya melayani anaknya seorang, dan mungkin ada banyak pelajar lain yang menghadapi situasi yang sama.
“Anak saya beberapa kali dah lupa bawa duit. Bukan tak beri, dia yang tak masukkan dalam poket. Saya biar je dia, pelajaran untuk dia supaya tak lupa lagi. Mereka okay je sebenarnya, pukul 12 tengah hari dah balik,” komen seorang warga maya.
Ada juga yang berkongsi pengalaman zaman dahulu, di mana tidak mempunyai wang belanja pun, pelajar tetap boleh hidup dan belajar dengan baik.
BACA: Wanita ajak boikot kenduri kahwin secara rewang, Penat buat kerja tak boleh OOTD!