Ibu maut selepas tertelan gigi palsu, “Mi Sup juadah terakhirnya..”

Ibu maut selepas tertelan gigi palsu, “Mi Sup juadah terakhirnya..” Seorang wanita berusia 51 tahun yang dikenali dengan nama Siti Zubaidah disahkan meninggal dunia selepas tertelan gigi palsu.

Ibu maut selepas tertelan gigi palsu, "Mi Sup juadah terakhirnya.."

Maut tertelan gigi palsu

Memetik laporan Kompas, ketika kejadian, mangsa yang merupakan seorang bidan itu dikatakan sedang menikmati mi sup. Menurut anak mangsa iaitu M Anugerah, mi sup yang dibelinya itu merupakan permintaan ibunya. Bercerita dengan lebih lanjut, M Anugerah mendakwa ibunya berhenti makan pada suapan kelima. Hal ini kerana pada waktu itu, mangsa sudah mula tersedak kerana merasakan seperti ada yang sesuatu yang tersangkut pada kerongkongnya.

Saat diperiksa, ternyata gigi palsu bahagian graham atas tertelan bersama makanan yang dimakan ibu.

Tanpa berfikir panjang, Anugerah bersama ahli keluarga yang lain cuba membantu dengan menepuk-nepuk bahagian belakang ibunya dengan harapan gigi palsu tersebut dapat dikeluarkan. Tidak terhenti di situ, mereka kemudian memberi minuman kepada mangsa tetapi usaha mereka sia-sia. Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan tetapi sayangnya pembedahan tidak dapat dilakukan kerana mangsa disahkan positif Covid-19.

Ibu maut selepas tertelan gigi palsu, "Mi Sup juadah terakhirnya.."

Ibu positif Covid-19

Anugerah mengakui sangat terkejut dengan berita tersebut sedangkan selama ini ibunya berada dalam keadaan sihat dan langsung tidak menunjukkan sebarang gejala dijangkiti Covid-19.

Setelah ibu kami lemah, barulah pihak hospital melakukan pembedahan untuk mengambil gigi palsunya.

Menurut pegawai perhubungan awam hospital, Rosario Dorothy Simanjuntak, disebabkan keadaan kesihatan tidak mengizinkan, proses rawatan menjadi perlahan dan pembedahan juga tidak dapat dilakukan. Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia.

Sebagai akibat dari penolakan bekalan nutrisi, terjadi gangguan menelan dan infeksi kepada pesakit yang menyebabkan pembedahan harus segera dilakukan dengan tujuan utama untuk memenuhi keperluan nutrisi pesakit sekaligus mengeluarkan benda asing ( gigi palsu) yang ditelan.

Sementara Anugerah mendakwa barang perhiasan seperti rantai dan cincin emas yang dipakai ibunya hilang saat menerima rawatan di hospital terbabit.

BACA:

Bahaya guna dua jenama kit ujian Covid-19 ini, jangan tersalah beli pula

Chong Wei cerita pengalaman lucu makan kurma, “tersembur air teh..!”

KJ umum suntikan dos keempat menanti kategori ini

CATEGORIES