‘Ibu lebih percayakan…’ Anak terkilan duit RM60000 milik ibunya lesap gara-gara melayan mesej whatsapp

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Melalui hantaran yang dimuat naik di Facebook oleh Nur Shalwani Shari, dia mengungkapkan rasa kecewa terhadap ibunya yang sering melayan mesej daripada..

Seorang wanita mengalami detik pahit dalam hidupnya apabila melihat sejumlah besar wang milik ibunya

hilang dalam sekelip mata akibat tertipu dengan skim penipuan melalui aplikasi WhatsApp.

Melalui hantaran yang dimuat naik di Facebook oleh Nur Shalwani Shari,

dia mengungkapkan rasa kecewa terhadap ibunya yang sering melayan mesej daripada individu yang tidak dikenali di aplikasi tersebut.

'Ibu lebih percayakan...' Anak terkilan duit RM60000 milik ibunya lesap gara-gara melayan mesej whatsapp

Menurutnya, tujuan perkongsian ini adalah untuk memberi pengajaran kepada orang lain agar tidak mengalami nasib serupa.

“Jumlah keseluruhan wang yang ibu saya terkena tipu kerana terlalu mudah percaya dan ingin mencari keuntungan sendiri adalah RM58,745. Saya dan adik-adik sudah tidak mahu campur tangan lagi. Sekiranya ibu ingin meminjam lagi, itu adalah atas risiko sendiri,” ungkapnya.

Nur Shalwani turut menyatakan bahawa dia dan adik-adik pernah memperingatkan ibunya agar tidak melayan perkara yang tidak jelas di telefon bimbit, namun pesanan tersebut diabaikan.

Dia juga merasakan bahawa ibunya lebih mempercayai kata-kata orang luar berbanding anak-anaknya sendiri.

Dalam hantaran terbarunya, dia mendedahkan bahawa mereka telah membuat laporan polis, walaupun menyedari bahawa kemungkinan untuk mendapatkan semula wang tersebut adalah rendah.

“Walaupun kami sedar bahawa wang yang hilang tidak akan dapat dikembalikan sepenuhnya, tetapi kami ingin ibu menyedari bahawa dia telah ditipu,” tambahnya.

Kerugian yang berjaya dikesan mencapai RM72,500 yang merangkumi pelaburan ASB, KWSP, emas, Amanah, dan hutang dengan saudara terdekat.

Nur Shalwani juga menyatakan bahawa mereka akan menukar semua kenalan ibunya dari nombor dan sosial media selepas kejadian itu. Selain itu, mereka juga akan memberikan makanan sahaja sebagai bantuan, kerana mereka risau perkara tersebut akan berulang lagi.

Hantaran beliau telah menarik perhatian netizen, di mana majoriti mendoakan agar segala urusan dipermudahkan serta mengambil iktibar dari kisah yang dikongsikan.

BACA: Bersuara emas dan paras rupa yang cantik, penyanyi lagu viral ‘Renjana Pengantin Diraja’