Seorang wanita mengaku bersalah kerana meninggalkan anak perempuannya yang berusia 16 bulan sendirian di rumah selama 10 hari untuk pergi bercuti.
Kristel Candelario, 32 tahun, juga mengaku bersalah atas tuduhan membahayakan kanak-kanak
Dia akan menghadapi hukuman penjara seumur hidup menjelang perbicaraan pada 18 Mac 2024.
Menurut pihak berkuasa, Candelario meninggalkan anak perempuannya, Jailyn, di rumah mereka di bandar Cleveland untuk pergi bercuti di Detroit dan Puerto Rico pada Jun 2023.
Apabila dia kembali ke rumah 10 hari kemudian, dia mendapati bayinya dalam keadaan tidak bernafas di dalam playpen atau laman permainan kanak-kanak sebelum menghubungi talian kecemasan.
Petugas kecemasan mendapati bahawa kanak-kanak itu mengalami dehidrasi yang teruk dan disahkan meninggal dunia sejurus selepas mereka tiba.
Bedah siasat oleh pejabat pemeriksa perubatan Daerah Cuyahoga mengenal pasti bahawa kanak-kanak itu meninggal dunia akibat kelaparan dan dehidrasi yang teruk.
BACA: Patutlah bateri dipasang terbalik, bukan saja-saja rupanya, ini sebab ramai tak tahu