Ibrahim Ali berhasrat jadi MB Kelantan untuk bawa perubahan

Ibrahim Ali berhasrat jadi MB Kelantan untuk bawa perubahan

Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) Datuk Ibrahim Ali menyatakan hasrat menjadi Menteri Besar Kelantan bagi membawa perubahan dan kemajuan di negeri ini.

Kelantan, ujarnya, kaya dengan pelbagai sumber dan produk, dari alam semulajadi hinggalah makanan, yang boleh dijadikan tarikan pelancongan.

Bagaimana, bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata disebabkan kelemahan dan kurang kreativiti pemimpin kerajaan negeri, sumber berkenaan gagal dimanfaat sebagai sumber kewangan negeri dan rakyat.

“Merata dunia saya pergi tak ada yang sehebat Kelantan. Seperti di Amsterdam, saya terbayang kalau saya terpilih menjadi MB Kelantan, saya nak letak lampu di Sungai Kelantan biar cerah.

“Tak ada duit tak mengapa. Tahu tebang balak tapi nak bangun (kemajuan) rakyat tak tahu.

“Jika Pusat tak bagi duit, kita guna kreativiti, guna otak,” katanya lagi.

Beliau menjelaskan Kelantan kaya dengan kawasan pelancongan dengan hutannya yang cantik selain gunung, gua, pantai, sungai serta budaya dan makanan yang menarik, setanding pusat pelancongan luar negara.

Bagaimanapun, katanya lagi, ketiadaan pemulihan, pembangunan serta perancangan menyebabkan ia terbiar tanpa ada nilai.

Ibrahim berkata mustahil baginya untuk berada di posisi kepala kerajaan negeri Kelantan. Namun sebagai anak jati Kelantan, impian memimpin negeri Cik Siti Wan Kembang itu merupakan sebahagian arah tuju politiknya sejak sekian lama.

Ibrahim pernah mewakili Kelantan sebagai Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas menggunakan lambang PAS selepas dipecat dari UMNO pada tahun 2004.

Beliau kemudian bertanding atas tiket Bebas pada pilihan raya umum lepas, namun gagal mempertahankan kerusi Parlimen itu.

Dengan penubuhan PUTRA, Ibrahim menaruh hasrat untuk kembali bertanding pada pilihan raya akan datang.

Berita penuh : http://www.astroawani.com/berita-malaysia/guna-kreativiti-ibrahim-ali-impi-jadi-mb-kelantan-mahu-negeri-sehebat-amsterdam-248974

COMMENTS