Ibarat bulan jatuh ke riba-Lelaki lesap selepas gajinya RM790k tersilap transfer ke akaun

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Logiklah kalau lelaki tersebut tidak mahu mengembalikan wang berkenaan, ia ibarat bulan jatuh ke riba. Lelaki ini lesap selepas gajinya RM790k tersilap masuk akaun.

Gajinya itu secara tidak sengaja dibayar 286 kali gaji bulan lalu.

Bukan sahaja letak jawatan, malah dia turut menghilangkan diri selepas berjanji untuk memulangkan semula wang yang dibayar secara berlebihan.

Ibarat bulan jatuh ke riba-Lelaki lesap selepas gajinya RM790k tersilap transfer ke akaun

Oddity Central melaporkan seseorang di Jabatan Sumber Manusia di syarikat pengeluar ubat terbesar di Chile, Consorcio Industrial de Alimentos (Cial), pastinya sedang panik berikutan kesilapan itu.

Bayar gaji untuk 286 bulan sekaligus

Secara tidak sengaja, jabatan itu membayar seorang pekerja 165,398,851 peso Chile (kira-kira RM790,364) bulan lalu, bukannya 500,000 peso (kira-kira RM2,389) yang pekerja itu berhak dapat sebulan.

Syarikat itu tiada pilihan lain selain menggunakan tindakan undang-undang dan cuba memulihkan kerugian.

Menurut akhbar Chile Diario Financiero, pada 30 Mei, seorang pembantu pejabat di Cial menghubungi timbalan pengurus untuk melaporkan kesilapan dalam pembayaran gaji bulanan.

Selepas menyemak akaun, disedari bahawa pembayaran gaji membabitkan berjuta-juta peso secara berlebihan yang memerlukan penjelasan isu itu.

Berdasarkan semakan rekod, pengurusan Cial mengesahkan bahawa individu berkenaan memang sudah dibayar kira-kira 286 kali gaji bulanan secara tidak sengaja, dan dia sudah memaklumkan bahawa perlu memulangkan wang yang sudah dibayar secara berlebihan itu.

Kalau dah dapat duit masuk ke dalam akaun, atas kesalahan orang lain. Pastinya ramai yang memilih untuk larikan diri dari pulangkan. Mungkin lelaki tersebut terdesak mahu menggunakan duit itu dulu.

Baca juga:“Saya terima cadangan suami untuk berkahwin dengan kambing hitam iaitu lelaki pilihan suami yang saya pun tak kenal”