Hyper act pernah cipta fenomena dengan lagunya, ini keadaan terkini bekas vokalis hyper act

Oleh AHMAD SULAIMAN

Ronnie Hussein adalah seorang yang tidak asing dalam kalangan peminat industri hiburan tempatan, terutamanya peminat kumpulan Hyper Act dan penyanyian solonya.

Keunikan suaranya telah menjadikan beliau tetap popular sehingga kini.

Walau bagaimanapun, kehadiran Ronnie Hussein dalam industri hiburan agak jarang dilihat baru-baru ini,

Hyper act pernah cipta fenomena dengan lagunya, ini keadaan terkini bekas vokalis hyper act

yang membuatkan peminat-peminatnya tertanya-tanya mengenai perkembangan terkini beliau.

Baru-baru ini, melalui perkongsian TikTok @sarizasahid, diketahui bahawa Ronnie Hussein kini terlibat dalam perniagaan di sebuah Bazar Ramadan di Johor. Yang menariknya, beliau turut memperkenalkan hidangan istimewa kepada para pengunjung bazar iaitu Nasi Teppanyaki.

Selain itu, video-video di akaun TikTok rasmi Ronnie Hussein yang menunjukkan beliau berusaha di Bazar Ramadan, turut menarik perhatian. Kehadiran Arif Aiman, bintang bola sepak tempatan, turut memeriahkan suasana.

Tindak-tanduk beliau yang ceria dan mesra dengan pelanggan telah menarik perhatian netizen. Banyak netizen memuji masakan yang disediakan oleh Ronnie Hussein, terutamanya Nasi Teppanyaki yang jarang dijumpai di bazar Ramadan.

Untuk pengetahuan umum, Ronnie Hussein mula mencuba nasib dalam industri hiburan menerusi rancangan Sinaran Pasport Kegemilangan.

Beliau kemudiannya menyertai kumpulan Sunday dan kemudiannya Hyper Act sebelum memilih untuk bersolo karier pada tahun 2015, dengan niat membantu kumpulan Hyper Act yang mengalami krisis.

BACA: “Tiap kali balik kampung, pakcik paksa aku untuk ‘bersama’ walaupun dia tahu suami aku ada di rumah mak”