Hukum ‘hidupkan’ gambar orang meninggal guna Ai? Ini penjelasan Mufti

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Akhir-akhir ini muncul trend baharu di media sosial yang menggunakan teknologi Ai untuk menganimasikan foto orang yang telah meninggal dunia seolah-olah kelihatan hidup.

Aplikasi ini dikatakan sebagai alternatif bagi seseorang ‘melepaskan’ rindu buat ahli keluarga mereka yang telah dijemput Ilahi.

Namun, timbul persoalan dalam kalangan masyarakat adakah dibenarkan dari sudut hukum untuk menghasilkan

semula imej atau video mereka yang telah meninggal dunia menggunakan aplikasi tersebut.

Dalam satu jawapan bertulis, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berkata, hukum melukis gambar atau menghasilkan imej Ai sama

Hukum ‘hidupkan’ gambar orang meninggal guna Ai? Ini penjelasan Mufti

ada orang yang hidup atau yang telah meninggal dunia tanpa tujuan dan sebab yang munasabah hukumnya adalah haram menurut majoriti ulama.

Namun penggunaan imej digital untuk tujuan kemaslahatan dan keperluan seperti tujuan berdakwah dan pembelajaran, tidak termasuk dalam perkara yang diharamkan.

Menurut pejabat mufti, penghasilan imej digital orang yang telah meninggal dunia menggunakan aplikasi “generative AI” adalah harus dengan syarat:

1) Gambar yang dihasilkan bukanlah gambar yang sempurna seluruh anggota tubuh badan.

2) Tidak mempamer aurat atau apa sahaja perkara yang bercanggah dengan syarak.

3) Tidak mengaibkan gambar si mati.

4) Tidak menjadikan gambar orang yang telah meninggal dunia bergerak-gerak kerana dikhuatiri ia akan menjatuhkan maruah atau memalukannya.

5) Tujuan gambar tersebut dibuat hanyalah untuk perkara-perkara kebaikan.

Hukum melukis gambar makhluk yang tidak bernyawa seperti pokok-pokok atau gunung ganang adalah harus dan dalam hal ini tidak ada perselisihan di kalangan ulama.

Haram lukis gambar hidup mahupun mati
Adapun hukum melukis gambar makhluk yang hidup dan sempurna adalah haram menurut Majoriti ulama. Hal ini berdasarkan sabda Nabi SAW:

Maksudnya: “Sesungguhnya mereka yang membuat gambar ini akan diazab pada hari kiamat seraya diseru, ‘Hidupkan apa yang kalian buat.”

(Riwayat al-Bukhari)

Dalam hadis yang lain Nabi SAW juga bersabda:

Maksudnya: “Manusia yang paling pedih azabnya pada hari kiamat adalah orang yang berusaha menyaingi ciptaan Allah.

Imam Nawawi dalam menjelaskan hadis di atas berkata:

Maksudnya: “Ulama besar mazhab Syafi’i (Ashab al-Syafi’i) dan lainnya berpandangan bahawa hukum melukis makhluk yang bernyawa adalah tersangat haram dan ia termasuk dalam dosa besar. Hal ini demikian kerana pelakunya diancam dengan ancaman keras yang disebutkan dalam beberapa hadis, sama ada dalam keadaan yang dihina atau selainnya maka hukumnya haram. Ia termasuk dalam bab cubaan untuk menyaingi ciptaan Allah SWT.[3]”

Bahkan menurut ulama mazhab Syafi’i haram melukis makhluk yang hidup walaupun dalam bentuk yang tidak sempurna atau makhluk yang tidak pernah wujud seperti gambar manusia yang memiliki sayap.

Namun pandangan kedua dalam mazhab Syafi’i iaitu pandangan Imam Abu Hamid al-Marwazi harus melukis gambar makhluk yang tidak wujud di alam nyata

Baca juga: Jauh dari penempatan manusia, ini lokasi pelupusan puluhan tan bakteria bahaya didunia