Hudud masih tak nampak jalan, apa peranan PAS sebenarnya dalam PN?

Hudud masih tak nampak jalan, apa peranan PAS sebenarnya dalam PN?

Kritik Dan Kecaman Pas Terhadap RUU Perbekalan Tambahan Dahulu Bukanlah Rahsia.

Suatu ketika dahulu, Ahli-ahli Parlimen Pas (termasuk Senator Siti Zailah semasa menjadi Ahli Dewan Negara) adalah mereka yang sangat menentang dan.mengecam keras amalan dan pelaksanaan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan.

Strategi belanja dahulu baru minta kelulusan Parlimen ini akan sentiasa dibantah dan diulas keras oleh mereka semua. Macam2 dalil dan nasihat keluar. Adakalanya dewan persidangan seolah dijadikan medan kuliah dan ceramah agama. Begitulah usaha mereka.

Nah, kali ini kerajaan mereka sendiri iaitu PN telah membuat Perbelanjaan Tambahan yang bukan sedikit tanpa melalui proses perbahasan dan kelulusan Parlimen.

Sangat jauh berbeda dengan amalan urustadbir baik (good governance) beberapa buah “negara kafir” yang mereka benci, semua negara itu upaya menjalankan proses urustadbir yang baik, kemas dan teratur.

Jadi, apakah peranan sebenar Pas dalam Kerajaan PN ini, sebagai penumpang sahaja untuk merai seberapa banyak hasil ghanimah? Itupun hasil laba yang berpusat hanya kepada beberapa individu dilantik.

Ahli2 biasa di bawah dapat apa? Sudahlah prinsip perjuangan mereka tergadai, mereka dipaksa berkawan dengan pihak yang separuh abad dikutuk dan dimusuhi, halatuju Pas dalam kerajaan PN pun sehingga kini masih belum jelas.

Hudud yang sebelum ini dilaungkan sebagai “Nyawa Pas” sehingga halal mewujudkan perpecahan besar dalam Pas pada tahun 2015 pun, kini masih belum menampakkan jalan ke arah pelaksanaan.

Ketua Pemuda Pas Pusat yang sudah mengadap Presiden MCA merangkap Menteri Pengangkutan sudahkah menyerahkan beberapa proposal tegas terhadap banyak isu yang mereka tidak puas hati terhadap Menteri Pengakutan era pentadbiran PH sebelum ini? Uniform patuh syariah dan hidangan arak dalam penerbangan MAS sudah selesai?

Sumber:

COMMENTS