“Hubungan aku dan keluarga putus kerana pergaduhan besar antara aku dan ibu, aku luah segalanya tapi jawapan ibu buat aku sakit hati”
Tak dinafikan, selain ibu bapa, seorang abang juga bertanggungjawab untuk menjaga dan melindungi adik-beradik yang lain.
Tetapi berbeza pula yang dilalui seorang gadis ini apabila dia mendakwa dicabul oleh abang kandungnya sendiri.
Kisah tersebut dipercayai diceritakan oleh seorang gadis sebelum ianya dikongsikan semula oleh Baitus Solehah di Facebook.
Menurut gadis ini, kejadian tersebut berlaku ketika dirinya berusia 13 tahun. Ujarnya lagi, ibu bapanya sudah bercerai namun mereka sekeluarga masih tinggal sebumbung.
Terpaksa berhenti Sekolah lepas peperiksaan upsr walaupun keputusan agak baik. Kami adik beradik banyak terabai, keperluan adik-adik dan ibu banyak saya yang uruskan sebab saya seorang je anak perempuan.
Pada satu malam ketika kami semua tidur, saya tersedar bila abang saya tiba-tiba tarik zip seluar saya. Bila saya tanya dia buat apa, dia cuma cakap saya tidur tak zip seluar.
Ujar gadis ini lagi, dia yang berada dalam keadaan mamai telah tidur semula tanpa mengesyaki perkara buruk. Namum siapa sangka, pada keesokan harinya, dua adik lelakinya menceritakan apa yang berlaku pada malam itu.
Abang saya meraba kemaluan saya dan dua orang adik saya jadi saksi kejadian tu. Bila saya beritahu ibu mengenai hal tersebut, dia cuma tumpangkan saya dekat rumah kawan dia sekejap dan diamkan sahaja hal tersebut tanpa sebarang pembelaan bagi saya, kerana abang saya adalah anak kesayangan ibu.
Disebabkan kejadian itu, gadis ini banyak memendam dan mula menjauhkan diri dari keluarga. Lebih menyedihkan apabila ibu kandungnya sendiri tergamak menuduh dirinya seorang pelacur.
Tambah gadis ini lagi, meskipun kejadian itu sudah berlaku 11 tahun yang lalu namun dia yang sudah berkahwin akui risau dan curiga setiap kali meninggalkan anak perempuannya sendirian bersama suami di rumah.