Hotel tapi berbumbungkan langit tarik perhatian, bayar RM1,400. Sebuah hotel di kampung Saillon, selatan Switzerland menawarkan pengalaman bermalam berkonsepkan terbuka tanpa dinding, bumbung dan pintu.
Lapor Reuters, hotel ‘Zero Star’ yang diilhamkan pasangan adik beradik, Frank Riklin dan Patrik Riklin menawarkan harga 275 pound (RM1,400) bagi satu malam dengan kemudahan seperti katil, meja dan lampu.
Konsep itu bertujuan membiarkan tetamu memikirkan masalah di dunia seperti perubahan iklim, peperangan serta kerosakan yang ditimbulkan akibat tangan manusia di bumi.
“Tidur bukan tujuan utama kami menyediakan penginapan ini. Apa yang penting adalah bagaimana kita memberikan maklum balas terhadap situasi dunia sekarang.
“Bermalam di sini adalah satu kenyataan tentang keperluan melakukan perubahan segera dalam masyarakat.
“Sekarang bukan masa untuk tidur dengan nyenyak, kita perlu memikirkan masalah dunia. Jika kita meneruskan arah yang sama seperti hari ini, mungkin terdapat lebih banyak tempat yang sudah tidak indah lagi,” kata Patrik Riklin.
Projek tersebut dibangunkan bersama pengusaha hotel, Daniel Charbonnier yang menawarkan tempat tidur di tepi jalan bersebelahan stesen minyak, lereng bukit dan ladang anggur dengan pemandangan yang mempesonakan.
Pakej turut dilengkapi perkhidmatan penyedia makanan bagi sarapan dan minuman yang akan bermula 1 Julai hingga 18 September depan.
BACA:
Buat bising dalam surau, pakcik tolak budak sampai jatuh tergolek buat netizen bengang
Lelaki dedah perangai sebenar B40 menyewa di apartment, ada yang sampai bela ayam
Penyakit misteri Ustaz Kazim akhirnya pulih