Hotel milik GISBH di Kelantan tiba-tiba tukar nama, rupanya ini cerita sebenarnya

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Sejak semalam, tular sebuah video yang memaparkan sebuah hotel milik

Global Ikhwan Services Business Holding (GISBH) bernama Ikhwan Hotel yang tiba-tiba bertukar nama.

Video tersebut dirakam di Jalan Long Yunus, Kota Bharu, Kelantan,

Di mana beberapa individu dilihat menukar papan tanda nama hotel berkenaan kepada nama lain pada waktu malam.

Walaupun pelbagai spekulasi timbul mengenai insiden ini, difahamkan bahawa pemilik hotel

Hotel milik GISBH di Kelantan tiba-tiba tukar nama, rupanya ini cerita sebenarnya

tersebut telah membatalkan perkongsiannya dengan GISBH berikutan siasatan polis terhadap syarikat itu.

Menurut laporan NST, pemilik hotel, Musab Abdul Rahman, menyatakan bahawa dia sebelum ini berhubung dengan GISBH untuk menguruskan hotel tersebut.

Namun, selepas serbuan polis di premis berkaitan GISBH, Musab berkata tempahan di hotel tersebut semakin berkurang.

Malah, dia juga berkongsi bahawa semua pekerja hotel berkenaan telah pun meletak jawatan.

Musab menjelaskan bahawa dia tidak mahu terlibat dengan GISBH, dan itulah sebab dia menamatkan perkongsiannya dengan syarikat tersebut.

BACA:Ramai rakyat Malaysia tersangkut di Imigresen London, rupanya ramai tak hafal benda ini