Hishamuddin menteri paling miskin? Biar betul…

Hishamuddin menteri paling miskin? Biar betul…

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia memaklumkan orang ramai kini boleh mendapatkan maklumat perisytiharan harta anggota-anggota pentadbiran kerajaan.

Ia boleh diperolehi menerusi laman khas berikut – https://mydeclaration.sprm.gov.my

Menurut SPRM, pihaknya sehingga kini menerima dan memaparkan maklumat harta melibatkan 57 daripada 70 anggota pentadbiran kerajaan termasuk perdana menteri, menteri kanan, menteri, dan timbalan menteri.

Sebelum ini, di Dewan Rakyat, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata, 97% ahli Kabinet sudah mengisytiharkan harta masing-masing dan 5 lagi belum berbuat demikian.

Beliau meminta ahli yang belum berbuat demikian supaya segera sempurnakan pengisyiharan harta dalam tempoh masa 3 bulan.

Bagaimanapun, berdasarkan nilai aset perisytiharan yang dibuat, ternampak sebahagiannya tidak dilakukan dengan telus, malah hanya secara tangkap muat dan sekadar memenuhi syarat saja.

Contoh 1 – nilai aset Muhyiddin yang diisytiharkan adalah lebih RM10 juta, manakala pendapatan bulanannya sebanyak RM93,841.65.

Kenapa Muhyiddin hanya menyebut nilai hartanya lebih RM10 juta?

Kenapa tidak ditulis angka yang tepat?

Berapa sebenarnya maksud lebih RM10 juta itu?

Bukankah RM200 juta, RM300 juta dan RM1 bilion juga bererti lebih daripada RM10 juta?

Jadi, berapa sebenarnya nilai harta sebenar yang dimiliki oleh Muhyiddin?

Contoh 2 – Menteri Luar, Hishammuddin Hussein mengisytiharkan nilai asetnya adalah antara RM1 juta hingga RM2.5 juta dengan pendapatan bulanan sebanyak RM51,111.00.

Sebagai makluman, Hishammuddin sudah beberapa penggal menjadi menteri di era BN serta merupakan anak kepada bekas Perdana Menteri, Tun Hussein Onn.

Beliau juga diketahui memiliki kediaman di Taman TAR, Ampang dan ramai orang UMNO yang biasa berkunjung ke rumahnya, terutama ketika diadakan jamuan rumah terbuka.

Jika begitu, berapakah nilai rumah banglonya di Taman TAR itu?

Dengan nilai aset hanya RM1 juta hingga RM2.5 juta, adakah ini bermakna Hishammuddin merupakan menteri dan anak bekas Perdana Menteri yang paling miskin sekali?

Ini baru dua contohnya dan jika diperhalusi satu persatu, tidak dinafikan banyak lagi keraguan dalam perisytiharan harta yang dibuat oleh anggota pentadbiran kerajaan di laman itu.

Kepada yang rajin, silalah teliti satu demi satu perisytiharan harta di laman SPRM yang disertakan di atas dan tanyalah dengan mereka yang rapat, biasa bergaul atau berkunjung ke rumah-rumah menteri tertentu untuk mengetahui kebenarannya.

Kenapa mereka berpura-pura dengan memberi angka yang tidak tepat dan kepada siapa sebetulnya mereka ini mahu berpura-pura?

Sumber : https://shahbudindotcom.net/2020/07/23/perisytiharan-harta-menteri2-suatu-pembohongan.html

COMMENTS