Hingga kini Peguam Negara masih teliti kertas siasatan Khairuddin tak kuarantin

Hingga kini Peguam Negara masih teliti kertas siasatan Khairuddin tak kuarantin

Pejabat Peguam Negara masih meneliti kertas siasatan membabitkan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, yang dilaporkan ingkar perintah kuarantin selepas pulang dari Turki pada 7 Julai lalu.

Peguam Negara, Tan Sri Idris Harun, berkata selepas itu baru keputusan dibuat.

“Kita sedang meneliti kertas siasatan sebelum keputusan dibuat,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Pada 24 Ogos lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan berkata, kerajaan memandang serius kes dakwaan pelanggaran perintah kuarantin oleh Mohd Khairuddin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) berpendirian setiap rakyat Malaysia adalah di bawah undang-undang negara dan tidak ada sesiapa pun yang terkecuali.

Muhyiddin sekali lagi mengulangi pendirian sama pada sesi sidang media secara maya pada Selasa lalu, dengan menyatakan polis sudah menyerahkan kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara (AGC).

Pemimpin PAS itu sudah dikenakan kompaun RM1,000 oleh Kementerian Kesihatan (KKM) selepas gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) kuarantin wajib dan membayarnya.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, ketika sesi persidangan Dewan Rakyat mempertikaikan mengenai ketidakpatuhan arahan kuarantin wajib oleh Mohd Khairuddin.

Berikutan itu, Mohd Khairuddin yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat PAS dikritik banyak pihak kerana mengingkari arahan kuarantin wajib seperti diarahkan pihak berkuasa.

Berita penuh : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/10/742187/peguam-negara-masih-teliti-kertas-siasatan-menteri-langgar-kuarantin

COMMENTS