Hilang penglihatan sejak 2022, ini keadaan terkini pelakon veteran Roslan Saleh

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Umum mengetahui bahawa kesihatan pelakon veteran, Roslan Saleh semakin merosot akibat penyakit kencing manis kronik yang dialaminya.

Roslan, yang lebih dikenali dengan panggilan Pak Lan, mula kehilangan penglihatan sejak Mei 2022 disebabkan oleh masalah glaukoma.

Netizen luah kesedihan tengok keadaan Roslan Saleh

Terbaru, Ustaz Haji Taufik telah memuat naik keadaan terkini Pak Lan yang kelihatan semakin uzur dan terlantar.

Menurut laporan, Ustaz Haji Taufik telah menziarahi Pak Lan pada 23 Oktober (hari ini).

Hilang penglihatan sejak 2022, ini keadaan terkini pelakon veteran Roslan Saleh

“Keadaan terkini Pak Lan (Roslan Saleh) pada 23/10/2024. Pak Lan telah buta seumur hidup sejak empat tahun lalu akibat kencing manis, dan keadaannya semakin uzur. Mohon doa dari semua,” tulis Ustaz Haji Taufik.

Posting tersebut telah mendapat ratusan komen daripada netizen yang meluahkan rasa sedih serta mendoakan agar Pak Lan diberikan kekuatan dan kesembuhan.

“Semoga Allah angkat kesakitan Pak Lan”

Pak Lan, seorang pelakon veteran yang terkenal, telah membintangi pelbagai drama dan filem tempatan, menjadikan beliau salah seorang pelakon yang dihormati dan dikenali di Malaysia.

BACA: Rakyat Singapura tak puas hati sistem VEP Malaysia teruk dikutuk netizen