Hilang kawalan rempuh tiang simen, lori pindahkan buaya dan harimau terbabas

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Dua ekor buaya telah ditangkap semula selepas menyelinap keluar dari sebuah treler terbalik

Yang mengangkut beberapa haiwan liar di daerah Nirmal, Telangana, lapor laman berita NDTV semalam.

Kejadian berlaku sekitar pukul 1 pagi (waktu tempatan) di Lebuh Raya Nasional 44 berhampiran kampung Mondigutta di daerah tersebut.

Treler itu sedang membawa haiwan-haiwan liar dari Taman Biologi Sanjay Gandhi Patna ke Taman Negara Bannerghatta, Bengaluru.

Kenderaan tersebut mengangkut lapan ekor buaya, dua ekor gajah putih, dua harimau, dan beberapa haiwan lain.

Hilang kawalan rempuh tiang simen, lori pindahkan buaya dan harimau terbabas

Treler itu merempuh tiang simen dan terbabas dari lebuh raya ke dalam hutan selepas pemandunya kehilangan kawalan.

Pegawai-pegawai hutan dan polis segera mengawal kawasan itu untuk mencegah sebarang kejadian buruk.

Pihak berkuasa menggunakan kren untuk mengangkat semula kenderaan tersebut, dan pegawai melaporkan bahawa semua haiwan dalam keadaan selamat selepas nahas itu.

BACA: Maszlee Malik dituduh dedah memo burukkan kerajaan, tuan badan tampil beri jawapan