Hikayat ‘Qawmun laa yafqahun’ di negara kita

Hikayat ‘Qawmun laa yafqahun’ di negara kita

Ia adalah keratan ayat al-Quran yang berulang-ulang. Maksudnya kaum yang tak reti dan tak faham. Atau Bebaliyyun.

Orang yang mengatakan perlembagaan negara ini perlembagaan penjajah adalah qawmun la yafqahun. Tetapi mereka sangat yafqahun makan gaji sebagai YB sejak lebih 30 tahun di bawah perlembagaan penjajah. Sekarang semakin yafqahun sebab dapat jawatan dengan gaji yang mewa. Pengikut pula dibiarkan terus menjadi qawmun la yafqahun selain takbir dan takbir.. tapi tak tahu apa yang keluar ikut bibir.

Orang yang kata jika hari ini kita berkuasa, esok pagi sebelum ayam berkokok kita laksanakan hudud adalah qawmun la yafqahun. Setelah berkuasa di sebuah negeri, baru dia yafqahun sedikit. Dah siap buat enakmen jenayah syariah untuk laksanakan hudud baru sedar ia bercanggah dengan perlembagaan! Qawmun la yagqahun memanglah bebaliyyun. Sekarang mereka sudah menguasai kerajaan pusat dan beberapa negeri, barulah mereka benar2 yafqahun tak mudah nak buat hudud. Habis orang Islam yang kau kafirkan dulu hanya kerana persoalkan aspek teknikal dan undang2 tu lagu mana hai puak yang baru yafqahun..?!

Orang yang kata nak laksanakan Islam tetapi tak tahu bagaimana selain berceramah adalah qawmun la yafqahun. Negeri yang ditadbir mereka tiada apa yang berbeza dalam pentadbiran Islam di negeri2 lain bahkan mungkin paling teruk. Peluang pekerjaan sedikit kerana ranking Pelaburan Langsung Asing FDI paling corot. Namun lawatan exconya sampai ke negara bersalji saban tahun. Buy Mercedes First adalah makna sebenar BMF. Pengurusan keperluan asasi rakyatnya seperti keperluan air bersih dan pengurusan sampah sangat lemah. Mereka ingat peluang pekerjaan, pengurusan air bersih dan pengurusan sampah-sarap itu bukan ajaran Islam, sebab mereka itu memang qawmun la yafqahun.

Sekarang qawmun la yafqahun itu sedang naik kaduk dapat memerintah negara secara tebuk atap. Mereka sebenarnya tahu sangat perbuatan mengkhianati amanat atau mandat rakyat itu dosa besar, tetapi kerana habuan jawatan dan bayaran gaji lumayan, mereka memaksa diri menjadi qawmun la yafqahun. Maka mula2 mereka naik junjung menjadi pemimpin ialah membahagi-bahagi jawatan sebagai ghanimah perang. Padahal tak berperang dan tak berjuang pun. Bertemberang dengan agama ada..

Dengan serban jubahnya penuh gaya masuk pejabat sebagai kerajaan qawmun la yafqahun. Dulu merekalah qawmun la yafqahun dalam isu arwah Adib. Kini baru mereka yafqahun dengan isu itu, rupanya tak mudah nak tangkap dan tuduh orang sebagai pembunuh kalau tiada saksi. Masuk gua dan bertapalah qaamun la yafqahun.. tinggallah keluarga arwah Adib berbunyi sendirian tanpa sambutan daripada qawmun la yafqahun lagi. Gambar Adib pun sudah tak menjadi hiasan muka profil facebookers qawmun la yafqahun.

Dulu merekalah qawmun la yafqahun yang kata kalau dapat kuasa nak tutup kilang dan kedai arak. Kerana itulah punca pemandu mabuk dan langgar orang. Sekarang baru mereka yafqahun bahawa dengan kuasa yang mereka ada pun orang terus mabuk dan langgar orang lain. Mereka oun tak mampu tutup kilang dan kedai arak. Sekarang mereka diam dan masuk gua bertapa sebab tebal muka.

Qawmun la yafqahunlah paling lantang nak hapuskan kaum LGBT katanya, kerana dengan adanya kaum itu negara ini akan dilaknat. Maka menteri hal ehwal agama yang menyantuni wakil LGBT untuk mendengar apa kata mereka pun difitnah sebagai menyokong LGBT. Ada aktivis LGBT pakai telekung di Mekah pun qawmun la yafqahun salahkan dan hamun mantan menteri agama. Tetapi sekarang qawmun la yafqahun sorok muka tertonggeng macam puyuh dalam rumput bila aktivis LGBT tayang badan dengan dua penutup kecil saja. Eh kamu tak takut Tuhan laknat kerajaan kamu ke hai qawmun la yafqahun?! Orang pakai telekung kamu kata kena bala Covid19 dan akibatnya tak boleh buat haji, tapi orang yang sama hampir telanjang kamu diam pula! Memang qawmun la yafqahun diam serupa kura-kura mengensot mencari lopak air sekarang.

Qawmun la yafqahun masih tak reti bahasa tentang isu aset Tabung Haji yang terpaksa dipindah milik kepada syarikat SPV Urusharta Jemaah Sdn Bhd. Mereka kata mantan menteri agama lelong aset umat Islam. Memang sah mereka qawmun la yafqahun sebab mereka tak reti apa itu liabiliti hutang TH yang melebihi aset dan menghalangnya daripada membayar hibah kepada pendeposit. Mereka buat2 pandai cuba mentaji pengurusan tertinggi TH yang menasihati mantan menteri supaya membuat pindahan aset rosot nilai kepada SPV yang dimiliki Kementerian Kewangan. Kebebalan qawmun la yafqahun sangat nyata dan tiada ragu lagi bila mereka saban hari menyuap cerita kepada para pengikut walauns mereka kononnya pindahan aset kepada SPV itu sebagai serah harta umat Islam kepada Cina Dap. Tiba-tiba TH umumkan keuntungan RM1.25 ribu juta untuk setengah tahun 2020 sahaja. Setengah tahun kedua belum lagi tu.. Kalau umum setengah tahun punya keuntungan pun qawmun ka yafqahun sudah menggelupur menulis karangan maki hamun untuk menafikan hakikat keuntungan itu macam orang sasau lakunya, tak pastilah nanti setengah tahun kedua apa akan jadi pada qawmun la yafqahun. Pakat hantuk kepala ke dinding gamaknya akibat pening memikir cara baru untuk membodohkan rakyat dengan sentimen agama dan bangsa.

Demikianlah sedikit coretan hikayat qawmun la yafqahun zaman ini di negara kita. Ada banyak lagi hikayat qawmun la yafqahun sebenarnya, tapi saya tangguhkan setakat itu dulu. Saya akan menulis dan terus menulis untuk menyedarkan masyarakat Melayu khususnya daripada qawmun la yafqahun yang juga disebut Ruwaibidhah dalam hadis atau bebaliyyun dalam bahasa kita. Doktrin pegangan mereka dipanggil bebalisme menurut almarhum Syed Hussein Alatas. Negara ini semakin menuju kehancuran jika qawmun la yafqahun itu dibiarkan terus bermaharajalela dengan momokan agama dan bangsa sebagai jalan pembodohan awam.

Sumber :

COMMENTS