‘Hidup tanpa umi berat sangat’ Lelaki baring di sisi pusara luah rasa hati

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Sejak semalam, tular di media sosial gambar seorang pemuda baring di sisi pusara ibunya, mencetuskan rasa sayu di kalangan warganet.

Gambar tersebut dikongsikan melalui satu akaun Facebook, Su Ahmad, dan menjadi perbualan hangat.

Selepas gambar itu tersebar, akaun TikTok pemuda berkenaan, @abdulazim0796, mula mendapat perhatian ramai.

Rata-rata netizen tidak dapat menahan sebak melihat konten yang penuh dengan luahan rasa kehilangan insan tersayang.

Dalam salah satu hantaran di TikTok, Abdul Azim mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakannya serta memberi kata-kata semangat selepas gambar tersebut tular.

'Hidup tanpa umi berat sangat' Lelaki baring di sisi pusara luah rasa hati

Pemuda itu mengakui bahawa hidup tanpa kehadiran ibu sangat berat, namun dia tetap memaksa diri untuk terus melangkah walaupun rasa sedih tidak pernah surut.

@abdulazim07965 Month already since umi pergi.. and still counting now sampai berjumpa hereafter. #kehilanganumiuntukselamanya #hancurkehilanganumi #UmiWanitaYangTerbaik #anaklelakiumi #kehilanganumi #rinduUmi #umihebatku❤️ #SayangUmiSampaiSyurga #TungguAzimTauUmi #kehilanganorangtersayang #kehilanganmuberatbagiku #kehilanganumitercinta #alfatihahbuatmu #anaklelakiumiabi

♬ suara asli – Ⓜ️🅰️Ⓜ️🅰️H ny🅰️ℹ️🆕 – Ⓜ️🅰️Ⓜ️🅰️H ny🅰️ℹ️🆕 official

Melalui perkongsiannya di TikTok, jelas bahawa Abdul Azim masih berada dalam fasa berkabung kerana sering memuat naik video meluahkan kerinduannya terhadap ibu tercinta.

Kehilangan Besar Seorang Anak

Difahamkan, ibu Abdul Azim telah meninggal dunia pada 7 Jun lalu. Allahyarhamah sebelum ini merupakan seorang peniaga nasi lemak dan meninggal dunia akibat dilanggar. Sejak itu, Abdul Azim sering menziarahi pusara ibunya, menunjukkan betapa besar kasih sayangnya terhadap insan yang telah pergi.

Sokongan dan Doa Netizen

Ruangan komen di media sosial dipenuhi dengan doa dan kata-kata semangat untuk Abdul Azim. Ramai yang memahami perasaan kehilangan yang dirasainya dan berharap dia diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan.

“Sebak tengok gambar tu. Semoga Azim kuat & roh ibu ditempatkan dalam kalangan orang beriman.”

“Tak kuat, cuma kaki yang dipaksa melangkah.”

Pemuda tersebut menjadi inspirasi kepada ramai untuk menghargai ibu bapa selagi mereka masih ada.

Semoga Abdul Azim terus tabah menghadapi ujian ini, dan roh ibunya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

BACA: Dari negara paling kurus kepada paling gemuk di Asia, Mat Salleh terkejut dengan gaya pemakanan rakyat Malaysia