Hidup mati PN bergantung pada sesi belanjawan di Parlimen

Hidup mati PN bergantung pada sesi belanjawan di Parlimen

Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga, Parlimen Keempat Belas DISINGKATKAN dari 15 hari kepada hanya 1 hari TANPA DIBENARKAN sebarang Pertanyaan dan Usul-Usul khasnya Usul Undi Tidak Percaya.‬

Mesyuarat Kedua akan berlangsung pada 13 Julai hingga 27 Ogos 2020 selama 25 hari mesyuarat dengan Pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 DITANGGUHKAN ke suatu tarikh yang tidak diketahui.‬

Tiada jaminan Mesyuarat Kedua tidak disingkatkan oleh PM Muhyiddin di saat terakhir jika terdapat Usul Undi Tidak Percaya dikemukakan.

Sebagai Ketua Majlis Mesyuarat, Muhyiddin boleh mengubah tarikh mesyuarat menurut Peraturan 11(2), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

‪Mesyuarat Ketiga DIPINDA jadual persidangan dengan Rang Undang Perbekalan 2021 (Belanjawan) DITUNDA tarikh pembentangannya dari 2 Oktober ke 6 November 2020.‬

‪Persidangan Parlimen sessi Belanjawan merupakan sessi hidup mati Kerajaan PM Muhyiddin. Jika Belanjawan gagal diluluskan dalam Dewan Rakyat, PM Muhyiddin tiada pilihan kecuali meletakkan jawatan dan Kerajaan PN tumbang tanpa perlu dikemukakan Usul Undi Tidak Percaya.

Sumber :

COMMENTS