Hidup mati KJ dalam UMNO, ‘besar kemungkinan akan dipecat’Status keahlian bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dalam parti dijangka akan diketahui petang ini.
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan mengesahkan perkara itu.
Dalam sidang media selepas membuat tinjauan kerja ke tapak pembinaan perumahan program Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) Angkatan Tentera Malaysia (ATM), di Sungai Besi, hari ini.
“Petang ini,” katanya ringkas ketika ditanya pemberita.
Khairy sebelum ini membidas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Puad Zarkashi kerana mempersoalkan tindakannya memuji beberapa ahli parti yang membuat aduan kepada Pejabat
Pendaftaran Pertubuhan (RoS) terhadap keputusan UMNO untuk mengekalkan dua jawatan tertinggi parti itu daripada ditandingi dalam pemilihan parti.
Khairy mengkritik gesaan untuk menghalang jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dipertandingkan oleh rakan-rakan dalam partinya dan menyifatkannya sebagai “kegilaan” dan cubaan untuk menyekat demokrasi.
Malah dalam kempennya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada November lalu, bekas Ahli Parlimen Rembau itu turut mendakwa, UMNO telah hilang arah dan perlu kembali ke akar umbinya.
BACA:
Rancangan gila anak nak tamatkan hayat ibu sendiri, 19 tahun diyakinkan lumpuh padahal sihat