Pengantin dan katerer ditahan selepas semua tetamu undangan di sebuah majlis perkahwinan dilapor sakit akibat makan makanan yang dipercayai dicampur dengan ganja.
Menurut Insider, pengantin tersebut yang dikenali sebagai D (bukan nama sebenar), 42, melangsungkan perkahwinan di The Springs Clubhouse di Longwood, Florida pada 19 Februari lalu.
Berdasarkan laporan, majlis tersebut yang dihadiri seramai 40 orang tetamu itu dikendalikan oleh sebuah syarikat katering yang juga selaku penyedia hidangan makanan.
“Polis dipanggil ke majlis tersebut selepas salah seorang tetamu majlis berusia 41 tahun melaporkan rasa tidak sihat.
“Dia juga melaporkan hal tersebut kepada polis selepas merasakan seperti ada ‘dadah’ di dalam badannya, walaupun hanya makan makanan dan minum wain sahaja.
“Beberapa tetamu yang lain juga turut melaporkan perkara yang sama kepada polis dengan mengatakan bahawa mereka berkhayal selepas menghadiri majlis tersebut,” lapor Insider.
Difahamkan, salah seorang daripada tetamu majlis tersebut ingin mendakwa sesiapa sahaja yang meletakkan ganja dalam makanan-makanan itu.
Di samping itu, ramai juga tetamu lain yang mengadu mengalami masalah hampir sama, iaitu sakit perut dan muntah hingga ada yang perlu dirawat di Hospital Seminole Selatan.
Pengantin tidak membantu siasatan
Oleh itu, polis berkenaan bertanya kepada pengantin tersebut; adakah dia tahu bahawa seseorang mungkin telah meletakkan ganja dalam makana tersebut.
Bagaimanapun tiada sebarang maklum balas daripada pengantin tersebut yang boleh membantu siasatan.
“Dia hanya merenung dan tanpa sebarang ekspresi wajah sebelum membalas jawapan tersebut dengan hanya sepatah iaitu tidak.
“Manakala katerer tersebut dan pekerja mereka telah beredar dari majlis sebelum pihak berkuasa sempat mengajukan sebarang beberapa soalan,” lapor Insider.
Memetik Insider, polis telah mengumpulkan beberapa barangan daripada majlis perkahwinan tersebut untuk dijadikan sebagai bukti, termasuk lasagna dan sekeping roti yang didapati positf THC.
Difahamkan, menurut Insider, THC merupakan ganja yang mengaktifkan neuron yang berkaitan dengan ‘keseronokan’ tekanan dan khayalan.
Akhirnya selepas dua bulan majlis tersebut berlangsung, pengantin dan pengendali syarikat katering berkenaan telah ditangkap pada Isnin baru-baru ini.
Berdasarkan Insider, kedua-dua mereka didakwa atas kesalahan pengubahan (makanan), kecuaian dan melakukan penghantaran ganja.
Bagaimanapun difahamkan, kedua-dua mereka juga telah dibebaskan dengan jaminan pada hari yang sama.
BACA: Ramai tak tahu mengapa babi tak boleh mendongak ke langit, ini sebabnya