Henti cuit PH, MB Pahang sokong teguran Zahid Hamidi

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Naib Presiden Umno, Wan Rosdy Wan Ismail, menyokong penuh gesaan presiden parti agar ketegangan antara pimpinan parti dalam kerajaan tidak dipanjangkan.

Menyifatkan saranan dan teguran Ahmad Zahid itu sebagai mencukupi, Wan Rosdy,

Beliau yang juga menteri besar Pahang, turut bersetuju dengan keputusan kepimpinan tinggi Umno dalam hal ini.

“Saya menyokong cadangan, saranan, dan teguran yang dibuat oleh presiden.

“Presiden sudah membuat keputusan… cukuplah, saya tidak boleh lebih daripada presiden.

Henti cuit PH, MB Pahang sokong teguran Zahid Hamidi

Saya setuju dengan apa yang presiden tegur,” katanya ketika ditemui selepas majlis Retreat Bersama Pimpinan Masyarakat Orang Asli Pahang di Kuantan, semalam.

Wan Rosdy berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan segelintir pemimpin Umno yang dilihat “mengusik” parti dalam PH.

Semalam, Ahmad Zahid menyatakan bahawa beliau enggan memanjangkan ketegangan antara pemimpin parti-parti dalam kerajaan.

Zahid juga menekankan bahawa PH tidak perlu membuat sebarang permohonan maaf kepada Umno dan meminta pemimpin Umno menghentikan serangan.

“Kita mesti menghormati antara satu sama lain. Yang penting, kita mesti mengekalkan keadaan dan situasi perpaduan kerajaan sekarang ini,” katanya.

Ini selepas anggota Majlis Tertinggi Umno, Nur Jazlan Mohamed, menggesa PH memohon maaf kerana telah memberikan gambaran buruk terhadap partinya selama beberapa dekad.

Nur Jazlan kemudian berkata bahawa beliau akur dengan arahan Zahid dan sedia menghentikan serangannya terhadap PH.

BACA: Patutlah susah dapat kerja, rupanya 38 kos pengajian universiti ini puncanya, semak segera!