Heboh Siti Nordiana pakai baju pengantin ada cerita di sebaliknya ramai nak tahu

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Heboh penyanyi Siti Nordiana Alias, 39, memakai baju pengantin baru-baru ini.

Namunm pelantun lagu, ‘Gurauan Berkasih’ itu menafikan dakwaan bakal mendirikan rumah tangga.

Katanya yang mesra disapa Nana, busana pengantin yang dipakainya sempena pengumuman konsert Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun di Zepp Kuala Lumpur (KL) pada 11 Mei depan.

Heboh Siti Nordiana pakai baju pengantin ada ceri di sebaliknya ramai nak tahu

Heboh Siti Nordiana pakai baju pengantin, ada majlis besar Mei nanti

“Ya, saya nak kahwin tetapi majlisnya akan berlangsung di Zepp KL pada Mei depan.

“Jadi, saya nak jemput rakan media dan peminat ke sana meraikan konsert solo 25 tahun saya,” katanya.

@budieychannel Siti Nordiana mengesahkan bakal kawin pada bulan 5 ni. #budieychannel ♬ original sound – Budiey

Beritahunya, sesi fotografi memakai baju pengantin itu memang dilakukan sebagai bahan promosi konsertnya dan memohon maaf jika mencetuskan salah faham ramai.

“Saya memohon maaf jika ada pihak yang salah faham dan menyangka saya akan bernikah selepas tersebar foto berbaju pengantin.

“Konsert ini ibarat perkahwinan bersama peminat yang sudah menanti lama konsert solo saya,” ujarnya.

Konsert Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun merupakan anjuran Icon Entertainment dan tiket mula dijual pada Jumaat ini menerusi platform www.ticket2u.com.

Nana berstatus ibu tunggal dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Muhammad Rayyan Nakhaie.

Beliau sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Allahyarham Mohd Faizal Yusup pada 2006 tetapi berpisah selepas tiga tahun bersama.

Allahyarham Mohd Faizal kemudiannya meninggal dunia pada 1 Januari 2011 pada usia 33 tahun akibat serangan jantung.

Baca: