Hebat rompak premis 200m dari balai polis, siap larikan mesin duit dan telefon

Oleh AHMAD SULAIMAN

Tular dua buah rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pagi tadi memaparkan kejadian rompakan

Di sebuah premis yang merupakan francais aiskrim dan minuman popular di Klang, Selangor.

Berdasarkan rakaman tersebut, seorang perompak yang memakai pelitup muka mulanya

Datang keseorangan ke premis itu dan bertindak merampas telefon bimbit milik pelanggan.

Perompak tersebut kemudian beralih kepada pelanggan lain untuk merampas peranti sama sebelum seorang lagi rakan sejenayahnya masuk ke dalam francais itu dengan membawa senjata.

Hebat rompak premis 200m dari balai polis, siap larikan mesin duit dan telefon

Dalam rakaman tersebut, perompak bersenjata itu dilihat menuju ke meja kaunter untuk mengambil peralatan di bahagian hadapan premis dipercayai mesin wang dan melarikannya.

Setakat ini, tiada sebarang kecederaan serius dilaporkan ketika kejadian berlaku namun belum ada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa malah jumlah kerugian juga tidak dapat dipastikan lagi.

Rakaman kejadian yang berlaku pada 23 Oktober lalu itu dimuat naik menerusi satu hantaran tular di platform X

(dahulunya dikenali sebagai Twitter) oleh pemilik akaun @update11111.

Tinjauan di ruangan komen hantaran itu mendapati rata-rata pengguna khuatir dengan kejadian tersebut dan meminta pihak berkuasa lebih proaktif dalam menjamin keselamatan rakyat terutama di sekitar Klang.

Beberapa pengguna juga terkejut dengan keberanian perompak berkenaan menjalankan kegiatan mereka di premis itu memandangkan balai polis hanya terletak 200 meter (m) sahaja dari lokasi kejadian.

Melihat daripada pakaian yang dikenakan oleh perompak berkenaan, ramai pengguna berkongsi pendapat bahawa pelaku tersebut mungkin merupakan perompak warga asing.

“Sangat berani. Balai polis berada 200m sahaja daripada kedai itu,” kata seorang pengguna yang turut berkongsi gambar memaparkan jarak kedua-dua lokasi berdasarkan maklumat Google Maps.

“Cara berjalan, berlari dan pakaian macam bukan orang tempatan. Jahanamlah manusia-manusia macam ini.” Kongsi pengguna lain yang membuat dugaan selepas menonton rakaman CCTV itu.

Baca juga: Sejak Trump jadi Presiden lagi sekali, ini saham Malaysia yang bakal ‘meletup’!