Hawa pakai seluar adik dia ke? Netizen kecam pemakaian pembaca berita muslimah

Oleh INFORAKYAT

Hawa pakai seluar adik dia ke? Netizen kecam pemakaian pembaca berita muslimah. Gara-gara berkongsi video sedang berkaroke bersama peminat, penyampai berita Hawa Rizwana yang berseluar ketat menerima kecaman netizen yang mempersoalkan penampilannya ketika acara tersebut.

Menjawab berkaitan komen-komen yang diberikan, Hawa, 27, berterima kasih atas perhatian yang diberikan dan akan mengambil iktibar terhadap semua teguran yang diberikan.

“Mungkin orang biasa melihat penampilan saya di kaca televisyen ketika menjadi penyampai berita. Apa yang saya pakai dalam video tersebut adalah gaya kasual sendiri yang biasa saya pakai apabila keluar.

“Terima kasih atas semua komen-komen yang diberikan. Saya tidak marah dan mengambil iktibar supaya menjadi seorang yang lebih baik di masa akan datang.

“Saya juga mohon maaf, jika video tersebut membuat ada mana-mana pihak tersinggung,” katanya ketika dihubungi mStar.

Hawa pakai seluar adik dia ke? Netizen kecam pemakaian pembaca berita muslimah

Saya tidak marah dan mengambil iktibar supaya menjadi seorang yang lebih baik di masa akan datang
HAWA RIZWANA
PENYAMPAI BERITA

Menerusi video yang dimuat naik Hawa sebelum itu, bukan sahaja penampilannya dikritik, malah aktiviti karaoke juga mendapat kecaman netizen.

Bagi pemilik nama Hawa Rizwana Ahmad Redzuan ini, ada ketika dia juga mahu berkongsi aktiviti peribadi dan tidak hanya berkaitan dengan kerjaya samata-mata.

Apa yang penting baginya adalah setiap perkongsian itu tidak keterlaluan dan bukannya mendatangkan ancaman kepada orang lain.

“Sebagai manusia biasa saya juga ada hobi sendiri, cuma sebelum ini jarang berkongsi di media sosial. Saya tidak mahu sekadar tunjuk kerja sahaja.

“Apa pun perkara yang saya buat ada batasnya. Saya tidak pernah lupa pesan ibu bapa dan tidak kacau orang lain,” ujarnya.

BACA:

Ahli Kimia dedah rahsia cara cuci buah, sayuran dari racun yang betul

Orang ramai mula terasa kenaikan harga roti canai

Wanita dapat pampasan RM22.8 Juta selepas kena penyakit kelamin dalam kereta boyfriend