“Hati saya tidak pernah tenang”, Nazrey imbau kenangan duduk dalam Raihan

Hati saya tidak pernah tenang Nazrey imbau kenangan duduk dalam Raihan

“Hati saya tidak pernah tenang”, Nazrey imbau kenangan duduk dalam Raihan. Selepas hampir 16 tahun meninggalkan Raihan, bekas vokalis kumpulan Raihan iaitu Nazrey Johani mendedahkan punca sebenar dia mengambil keputusan itu dahulu. Menurutnya, sepanjang dia bersama kumpulan itu hatinya tidak pernah rasa tenang kerana hidup dalam perhatian ramai.

Menerusi video di TikTok, Nazrey berkata dia mengambil keputusan untuk keluar daripada kumpulan nasyid itu kerana memikirkan dia tidak pernah mengejar populariti dan tidak pernah berasa bangga meskipun kumpulan nasyid itu dikenali di seluruh dunia..

“Selama saya dengan Raihan, saya tak pernah senang hati. Walaupun pergi ke luar negara, saya tidak pernah memikirkan soal populariti, sebaliknya hanya fikir tentang kerja,” kata Nazrey.

Tambahnya, dia mengambil keputusan untuk berhenti dari Raihan yang ketika itu berada di puncak dan ketika itu dia sentiasa berdoa agar diberikan kekuatan meninggalkan kumpulan itu.

Keputusan yang diambilnya itu seakan mengundang kemarahan ahli yang lain tetapi mereka tidak memuja serta tidak membantah keputusannya itu dan akhirnya dia keluar dari Rihan serta melakukan kerja-kerja dakwah di Sabah sehinggalah sekarang.

"Hati saya tidak pernah tenang", Nazrey imbau kenangan duduk dalam Raihan

@nazreyjohaniofficial KENAPA SAYA KELUAR RAIHAN? Pendedahan ini diceritakan oleh Ustaz sendiri apabila team ustazustazah.com bertanyakan “Kenapa Ustaz tak pilih untuk berdakwah tanpa keluar daripada Raihan?” Lalu tergerak hati ustaz untuk berkongsikan kisah yang sebenar semasa kami berada di Pusat TajaQuran di Kg Bitoon, Ranau, Sabah. Selepas keluar dari Raihan, Ustaz giat dalam kerja dakwahnya untuk membangunkan maahad tahfiz di Sabah dan kini beliau bersama team ustazustazah.com sedang menjalankan sebuah Program TajaQuran untuk MELAHIRKAN GENERASI CELIK AL-QURAN. Program dijalankan untuk memberikan pendidikan Al-Quran dan fardhu ain secara PERCUMA kepada anak-anak asnaf di seluruh Malaysia terutamanya rakyat Sabah. Kini 5 Pusat TajaQuran telah dibuka di Sabah, Negeri Sembilan dan Perak. KONGSI VIDEO INI SUPAYA SEMUA ORANG TAHU KISAH SEBENAR! Klik link utk sokong dakwah Ustaz: https://nazreyjohani.com #TajaQuran #NadiAlQuran #UstazNazreyJohani #Raihan #Sabah @UstazUstazah.Com ♬ original sound – nazreyjohaniofficial

BACA:

Khairulaming gemparkan media sosial dengan kisah 10 tahun jatuh bangun

Laporan dedah 10 rahsia Ratu Elizabeth II panjang umur

Rakyat Malaysia beratur sepanjang malam nak jadi yang pertama beli Iphone 14

CATEGORIES